
Pada hari Ahad, 25.10.09 yang lepas, aku, anak2 & my aunties pegi makan2 @ Nasi Lemak Antarabangsa @ Jusco Setiawangsa. Saje je bawak budak2 jalan2. Boring nak duduk umah hari tu sebab suami sibuk tengok Moto GP @ TV9, tulah sebab outing untuk kali ni melibatkan geng2 ladies sahaja.


Jom kita tengok menu pulak!




Tiba masanye untuk komen :-) Pada aku nasi lemak antarabangsa tiada apa yang hebat dengan rasanye malah AGAK MENGECEWAKAN SAMA SEKALI! Tidak padan dengan tarafnye yang telah lama established sejak taun 1973. Sebelum Nasi Lemak Antarabangsa dinaiktaraf menjadi restoran seperti sekarang ini, aku penah makan nasi lemaknye yang terletak di Kg. Baru (tempat asal nasi lemak ini menjadi popular). Rasa sambalnye memang sedap! Jadi, aku mengharapkan itulah rasa yang sepatutnye aku dapat. Kenapa tak sama rasanye ye? Aku tertanya-tanya. Sudahlah begitu, lauk kerangnye pun ada 5-6 ketul je, itupun kecik2, macam takde langsung. Parunye pun dalam 2-3 keping je. Sambal je yang lebih. Nasi pulak sikit. Rasa tak bebaloinye dengan harga yang dibayar. Sedap lagi nasi lemak makcik kat tepi jalan kat ofis aku tu! Memanglah orang belanje, tapi, kalau dah macam nilah rasanye, kemungkinan besar aku tak pegi dah makan kat sini.
Kepada pihak Nasi Lemak Antarabangsa yang mungkin ada terbaca entry ni, perbaikilah rasa sambal anda kerana kesedapan setiap hidangan nasi lemak itu adalah terletak pada sambalnye selain daripada rasa lemak nasi itu sendiri. Begitu juga dengan kuantiti lauknye, biarlah padan dengan harganye, ini nampak sangat macam kedekut lauk. Baiklah makan nasi lemak biase je tanpa lauk!