So, dinner gathering ni dikendalikan oleh En. Usop, diadakan di Village View Restaurant, Bandar Baru Bangi pada hari Jumaat 25.12.09. Asalnye nak ke Bagan Lalang tapi memandangkan tempat tu agak jauh dari rumah masing2, maka Bandar Baru Bangi menjadi pilihan.
Antara gambar makanan yang sempat disnap, tapi makanannye dah abis, tak sempat nak snap masa mula2 dihidangkan sebab masing2 dah kelaparan! Termasuklah camerawoman yang amik gambar ni :-D
10 couple yang hadir termasuk anak2 didik masing2
Muka bapak2 budak yang dulunye kurus kedengking, sekarang, mak aii!! Masing2 sibuk membulatkan diri. Hati senanglah katakan dah kawin...ada bini tolong masak. Yang ada dalam gambar ni - Dari kiri ke kanan : Arip, Usop, Pet, Med, Boss, Faizal (yang ni lah yang single lagi tu, tapi tak nampak pulak muka dia, spoil pulak, takleh nak promote, sori ek Faizal, hehe..) & yang tepi kanan sekali tu Rizal

Achim (isteri tercinta Pak Usop) bersama 3 Charlie's Angelnye :-)

Dari kiri : Kartina Nasir & Diana (isteri En. Rizal) bersama baby girl masing2

Charlie's Angel Pak Usop yg ke-3 - comel gile budak ni! :-)
Overall makan kat sini memang best & harga yang berpatutan jugak. Untuk 10 couple lebih kurang dalam RM500.00++. Persekitaran yang sesuai untuk makan2 seisi keluarga & gathering jugak :-)