


Dah abis cuci mata? Sila baca aku punye komen pulak. Agak menyesal makan di sini walhal dah boleh agak dah berdasarkan harganye yang berbelas-belas tu, tak berbaloi dengan kuantiti dan harganye. Memang murah, tapi tak sedap...standard makan kat Jusco je, even kat Jusco lagi murah! Kepada tuan kedai yang mungkin terbaca entri ni mintak maaf banyak-banyaklah kerana berterus-terang, tapi itulah hakikatnye, indah khabar dari rupe. Tengok dalam Jalan-Jalan Cari Makan TV3 hari tu nampak macam best, tapi amat-amatlah mengecewakan. Bukan tak nak sokong kedai melayu, tapi kami sebagai pelanggan bukan makan free, kami bayar untuk sesuatu yang berbaloi untuk kami makan. Suami cakap lepas ni kalau nak makan western food, tak nak dah try kat tempat-tempat camni. Alang-alang nak makan baik makan tempat yang betul-betul mahal macam TGI Friday ke, Victoria Station ke, San Francisco Steakhouse ke...lebih berbaloi. Restoran-restoran ni menyediakan steak yang terbaik pada aku. Walaupun sesetengah orang meragui status halalnye, tapi, setakat yang aku tahu, daging yang diimport semuanye mendapat status halal dan cara masaknye pun Insya-Allah halal. Tepulanglah pada keyakinan individu kalau nak makan tempat-tempat begini...chow.. 