Entri yang lepas aku cite pasal makan-makan di That Little Gerai, keesokan harinye pulak masih lagi cuti dan di kesempatan ini kami sekeluarga pegilah ronda-ronda Putrajaya. Tak banyak tempat sangat pegi sebab keluar umah pun dah lewat, lepas zohor, sampai sana dah hampir pukul 3. Jadi, banyak menghabiskan masa di Alamanda Putrajaya jelah. Lepas Asar pegi tengok Masjid Putrajaya di Presint 1 dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi. Seharian kami sekeluarga berjalan, dari tengahari sampailah tengah malam pukul 12 barulah sampai umah. Tapi puas hatilah dapat bejalan sakan, dah lama tak dapat jalan-jalan macam ni. Walaupun setakat Putrajaya je, yang penting aku dapat meluangkan masa bersama dengan suami dan anak-anak sempena cuti sekolah ni. So takdelah boring sangat asyik melanguk kat umah ataupun duduk jaga kedai je. Gambar-gambar yang diambil di bawah adalah antara tempat-tempat yang sempat kami singgah di Putrajaya. Lain kali bolehla pegi Taman Botani dan Taman Wetland pulak. Hari tu nak pegi tak sempat kerana kesuntukan masa.

Rasenye ok tapi mungkin kualiti pada masa tu agak kurang sebab orang terlampau ramai yang mengorder jadi orang yang buat waffle tu agak kelam-kabut sikit nak membuatnye. Nasib baik aku punye tak nampak teruk sangat. Ada sesetengah customer lain tu, waffle masih tak cukup masak, tapi dah diambiknye untuk diberi kepada customer. Pada aku, biarlah lambat sikit, tapi berkualiti. Kalau cepat-cepat sangat tapi waffle tu macam ada part yang masih tak berapa masak, tak best jugak makan.
Tapi, pada akulah, aku lebih suka waffle yang biase yang harga RM3.00 seperti yang ada dijual di Giant dan Jusco. Kesedapan waffle tu lebih terasa berbanding banyak sangat topping. Selalunye aku suka kalau letak inti coklat ataupun peanut butter.
Gambar-gambar seterusnye pula adalah pemandangan di luar pekarangan Alamanda...








Gambar seterusnye di Masjid Besi....
Seharian yang begitu memenatkan tapi best! Selamat Tahun Baru 2012! Chow....