Followers

Wednesday, October 28, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa @ Jusco Setiawangsa



Pada hari Ahad, 25.10.09 yang lepas, aku, anak2 & my aunties pegi makan2 @ Nasi Lemak Antarabangsa @ Jusco Setiawangsa. Saje je bawak budak2 jalan2. Boring nak duduk umah hari tu sebab suami sibuk tengok Moto GP @ TV9, tulah sebab outing untuk kali ni melibatkan geng2 ladies sahaja.




3 dara pingitan yang tengah sibuk makan lapar Sempat lagi nak posing tu. FYI, gambar ni diambil oleh Azim. Pandai jugak budak ni snap ek!





Di kesempatan ini aku nak introduce my auntie yang baik hati meminjamkan CD2 KDramanye yang menjadi kegemaran aku tu. Dia yang ku panggil "Cik" juga orang yang bertanggungjawab membelanja makan tengahari kitaorang semua. Thanx Cik!




Jom kita tengok menu pulak!




Aku dan my auntie pilih set nasi lemak + paru goreng + kerang + iced lemon tea. Harganye RM9.90/set




My auntie yang ku panggil "Cik" tu tak boleh makan paru, so dia tak ambik yang set, dia ambik ala carte nasi lemak + ayam masak merah. Harganye RM7.90




Ini set aiskrim + kek untuk Azim. Harganye RM3.95/set





Lepas makan, pusing2 Jusco Setiawangsa, telintaslah mainan motor & keta ni. Maka begaye sakanlah si Azim ni! encem Lepas tu pegi main @ playground Jusco.






Sebelum balik, tak lupa untuk beli set sushi untuk suami & aku sekali love







The boys yang keletihan. Penat betul agaknye dua beradik ni main @ playground Jusco tu penat





Tiba masanye untuk komen :-) Pada aku nasi lemak antarabangsa tiada apa yang hebat dengan rasanye malah AGAK MENGECEWAKAN SAMA SEKALI! Tidak padan dengan tarafnye yang telah lama established sejak taun 1973. Sebelum Nasi Lemak Antarabangsa dinaiktaraf menjadi restoran seperti sekarang ini, aku penah makan nasi lemaknye yang terletak di Kg. Baru (tempat asal nasi lemak ini menjadi popular). Rasa sambalnye memang sedap! Jadi, aku mengharapkan itulah rasa yang sepatutnye aku dapat. Kenapa tak sama rasanye ye? Aku tertanya-tanya. Sudahlah begitu, lauk kerangnye pun ada 5-6 ketul je, itupun kecik2, macam takde langsung. Parunye pun dalam 2-3 keping je. Sambal je yang lebih. Nasi pulak sikit. Rasa tak bebaloinye dengan harga yang dibayar. Sedap lagi nasi lemak makcik kat tepi jalan kat ofis aku tu! Memanglah orang belanje, tapi, kalau dah macam nilah rasanye, kemungkinan besar aku tak pegi dah makan kat sini.

Kepada pihak Nasi Lemak Antarabangsa yang mungkin ada terbaca entry ni, perbaikilah rasa sambal anda kerana kesedapan setiap hidangan nasi lemak itu adalah terletak pada sambalnye selain daripada rasa lemak nasi itu sendiri. Begitu juga dengan kuantiti lauknye, biarlah padan dengan harganye, ini nampak sangat macam kedekut lauk. Baiklah makan nasi lemak biase je tanpa lauk! sedih

Friday, October 09, 2009

Sushi Jusco & Black Canyon Restaurant

Hari Ahad lepas iaitu pada 04.10.09, aku sekeluarga pergi ke Jusco Setiawangsa, bawak anak2 jalan2 & makan2...mungkin entry ni agak terlambat, tapi nak buat macam mana, hari ni baru ada masa terluang nak update. Aktiviti2 yang dijalankan adalah seperti berikut....





Makan sushi untuk minum petang - sebungkus sushi ni khas untuk my hubby - harganye RM4.90



California Roll ni pulak kitaorang share sorang 2 ketul - Harga RM8.90





Close-up California Roll - nampak best tak?




Sushi Unagi ni adalah my favourite - khas untuk aku sorang menari - Harga RM6.00





Close-up Sushi Unagi - Unagi tu apa ye? Unagi tu utk sape2 yang tak tau, "Unagi" adalah belut dalam bahasa Jepun senyum Tak semua orang boleh makan belut kan?







Budak2 camna pulak? Diaorang makan apa? Nak tau apa diaorang makan?









Diaorang tak makan apa2 pun! Budak2 ni lebih suka lepak @ playground Jusco ni, tak makan pun takpe, minum dah cukup untuk hilangkan dahaga senyum Lagipun dah lama diaorang tak main @ tempat2 camni, so biarlah diaorang main puas2 topi







Dah habis bagi diaorang main, sampailah masa untuk dinner pulak.....














Dinner di Black Canyon Restaurant






Juadah yang diorder adalah.....







Aku order Beef Steak - Harga RM25.90




Hubby aku order Fish Steak - Harga RM15.90





Kiri aku punye - Jamaican Coffee - Harga RM8.50. Kanan my hubby punye Black Canyon Coffee Frost - Harga RM8.95. Nampak macam sama kan? Tapi rasanye tak sama. Yang my hubby punye lagi sedap, lebih rasa kopi. Yang aku punye lebih rasa susu. Patutlah yang my hubby punye lagi mahal ihikhik




Fresh orange ni untuk my 1st hero, Azim - Harga RM4.50. Dia ni memang jenis tak makan sangat, dia pau je kitaorang punye sikit sorang kenyit





Komen - makan kat Black Canyon ni oklah tapi rasa macam tak berbaloi pulak makan kat situ hari tu. Rasa macam mahalnye....Semua yang diorder di atas harganye RM73.30 (dah termasuk service charge & tax). Kenapa aku rasa camtu? Sebab bila dah selesai makan, baru aku perasan, restoran ni sebenarnye sama je ngan kedai2 tomyam seafood yang biasa kita makan tu. Menu yang diletak depan restoran tu ada tulisan Siam jugak, so pada pandangan aku restoran ni restoran Thailah (aku agak je ni, tak taulah betul ke tak, hehe...). Tapi sebab ianya terletak dalam Jusco & diupgradekan standardnye, tu yang jadi mahal...Tapi takpelah, sekurang-kurangnye dah try & lain kali kalau rasa nak makan western food baik pegi makan @ restoran yang memang mengkhusus pada western, baru rasa berbaloi! angkatkening
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...