Followers

Sunday, October 07, 2012

Dinner @Secret Recipe


Ini cerita bulan lepas..dah lama draft, tapi lupe nak publish, sekarang baru teringat Anda kenal kek apa yang terpampang di mata anda sekarang? Inilah Creme Brulee Cheesecake. Kepada penggemar-penggemar kek, sekali tengok je mesti dah tau kek apa kan..mesti cheesecake, cuma jenis cheesecake mana je yang tak tau. Kalau hari tu cite pasal homestay, kali ni cite pasal makan-makan pulak. Dah lama betul tak tulis pasal makan-makan ni..bukan takde pegi makan kat luar, cuma lupe nak snap gambar. Entri kali ni pun setakat nak berceritalah jelah, gambar yang ada pun cumalah cheesecake je. Itu pun sebab kek ni ada kat umah, bolehla snap. Masa ada kat restoran, tak ingat pulak nak snap. Agaknya masa tu tengah lapar gile, tak ingat apa pun pasal nak snap-menyenap ni..hehe...

Makan-makan kali ni biase je, cuma makan kat Secret Recipe yang dah tentunya bukan lagi secret. Kebanyakan orang dah tau dan dah ramai merasa menu di sini, terutamanya keknyalah, sedap dan berbaloi dengan harganya yang agak mahal tu.

Kejadian ni berlaku 2 hari sebelum birthday aku yang lepas. Tarikh birthday 10.09.12. Berikut adalah menu yang diorder...


Main Course

* Spaghetti Bolognese & Mi Kari - Harga RM13.90-RM15.90 (dah lupe, so agak-agak je la)
Komen - Spaghetti ok, dari segi portion, memang padan dengan harga, tapi dari segi rasa, boleh tahanlah. Nak kata sedap sangat pun tak, tak sedap pun tak jugak. Senang kata, rasa yang sepatutnya ada pada spaghetti bolognese tu ada, cuma nak kata best gile takde la...Mi Kari - kata cik abang ok, sedap, portion yang banyak, kenalah dengan citarasanya dan padan juga dengan harganya.

Air

* Iced Lemon Tea, Ice Blended Mocha & Iced Chocolate Drink - Harga RM6.90-RM8.90 (dah lupe, pun agak-agak juga...hehe )
Komen - Iced Lemon Tea biase je. Ice Blended Mocha (IBM) pun setakat boleh tahanla. Iced Chocolate Drink (ICD) pun ok, memang diaorang bancuh serbuk koko untuk buat air tu. Sesetengah kedai yang macam ni, ada yang bancuh milo je. So, kalau rasa milo takdelah kelainannya. Sama je macam bancuh sendiri kat umah ataupun minum kat kedai mamak.  Walaupun begitu, presentationnya menarik, ada whip cream untuk kedua-dua IBM & ICD.

Dessert (tapau bawak balik, tak lalu nak makan @kedai, kekenyangan! )

* Creme Brulee Cheesecake, American Brownies & Hazelnut Cheese - Harga RM6.00-RM7.00/pc
Komen - Creme Brulee Cheesecake adalah yang terbaek! Rugi kalau anda tak cuba! Sekali rasa, mesti anda terpikat dengan rasanya! Sedap dan tak muak, serius sedap! Sampaikan termimpi-mimpi teringatkan rasanya!  Sebab tak puas makan punye pasal, 3 hari selepas tu pegi balik ke Secret Recipe beli sebiji dengan harga RM86.90 (sebelum campur cukai RM82.00). Kebetulan, masih lagi berada dalam birthday week, jadinye cik abang bagilah kebenaran untuk beli sebiji. Cik abang sendiri yang bukan peminat kek, apatah lagi cheesecake pun mengakui kesedapan creme brulee tu. Kalau nak buat sendiri, tak tentu lagi sedap. Biarlah kita serahkan saje pada yang pakar  Itu sebab kek tu ada kat umah, sebab lepas tu pegi beli sebiji untuk seisi keluarga makan. Hazelnut Cheese pun sedap tapi sebab ada kacang, jadi tak berapa kena dengan citarasa aku. Untuk yang menggemari kek yang berkacang, memang ngam dah rasanya. Cuma American Brownies pada aku agak muak sebab chocnya terlampau padat, tambah pulak ada kacang, menambahkan lagi kemuakan yang sedia ada.

Selamat makan-makan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...