Followers

Sunday, June 03, 2012

Jalan-jalan Cameron Highlands

Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Tapi, bukan nak bercerita pasal jalan-jalan dalam cuti sekolah ni. Cuti sekolah ni tak ke mana-mana pun sebab sebelum cuti sekolah hari tu dah pun pegi jalan-jalan. Cadangnya memang nak pegi masa cuti sekolah ni, tapi semua tempat penginapan di Cameron Highlands dah fully booked. Trip ni adalah trip aku sekeluarga bersama-sama ayahanda, bonda dan adik-beradik tercinta. Jalan-jalan ramai-ramai macam ni memang seronok walaupun aku sekeluarga hanya bermalam kat sana hanya 1 malam sebab kitaorang pegi pada cuti hujung minggu. Ahli keluarga yang lain duduk sana 2 malam. Pegi hari Sabtu, balik hari Ahad. Hari Isnin sekolah, siap ada exam lagi anak aku yang sulong tu. Memang tak study apa-apalah anak aku tu. Orang sibuk prepare untuk exam, kita pegi jalan-jalan pulak ye. Tak patut, tak patut. Apa nak buat, trip ni dirancang oleh ayahanda dan kos penginapan semua ditanggung oleh ayahanda juga. Jadi, dia dah mengajak, tak best pulak kalau tak pegi. Lagipun, rugi kalau tak pegi. Maklumlah, duduk free, hehe.. kecuali untuk makan-makan semua sendirilah. Kitaorang pegi ni pada 12.05.12 pukul 9.30 pagi. Lepas bertolak, singgah kat R & R Rawang untuk sarapan. Tak sempat sarapan kat umah. Sampai Cameron lebih kurang pukul 2.00 petang.

Sesampainya kitaorang di Berinchang, lunch dulu dekat food court berdekatan. Yang menariknya kat food court ni, nak tau apa? Haa...bukan makanannya, makanannya biase je. Yang menariknya ialah TANDASNYE! Nak tau kenapa? Dalam banyak-banyak tandas awam yang aku pegi, tandas awam kat Berinchang nilah yang paling cantik, bersih dan wangi! Dengan hanya bayaran RM0.30, memang berbaloi-baloi masuk tandas diaorang. Takde bau hancing pun! Memang bersih. Dekonya pun cantik macam taraf hotel..kalau anda tak percaya cubalah ke Food Court Berinchang, Cameron Highlands. Takdelah pulak ada gambar tandasnya, yelah, mana nak jangka tandasnya gitu kan. Tak bawa kamera pun ke tandas. Nak tau, kenalah pegi sendiri  . Cerita selanjutnya adalah seperti berikut...








Ini adalah tempat penginapan kitaorang - Country Lodge Hotel terletak betul-betul dalam pekan Berinchang. Ada 3 bilik dan 3 bilik air. Maknanya, setiap 1 bilik ada bilik airnya sendiri. Sedang eloklah, sebab kitaorang pun ramai, 1 keluarga 1 bilik. Apartmentnya luas dan selesa, berbaloi dengan harganya dalam RM600.00++ untuk 2 malam. Itu rate untuk hari minggu ye. Rate biase kurang sikitlah. Cuma, kata adik ipar aku kelengkapannya tak berapa lengkap, takde cawan dan pinggan mangkuk untuk makan-makan. Sebab kata dia, patutnya apartment macam ni at least adalah benda-benda yang seumpama itu. Aku tak pasti pulak pasal tu sebab tak penah bercuti duduk kat apartment macam ni. So, tak taulah apa yang patut ada ke takde. Mungkin betullah katanya tu sebab adik aku dan isterinya ni rajin pegi jalan-jalan, jadinya dia lebih taulah pasal tempat-tempat penginapan ni. Oleh kerana hotel ni duduk dalam pekan, nak makan memang senang. Jadi, kepada anda yang nak menginap di sini, tak perlu risau pasal makan. 





Jika anda ke Cameron Highlands, pakaiannya adalah seperti di atas. Memang sejuk kalau tak pakai sweater atau baju lengan panjang. Anak-anak aku siap bersarung tangan dan berstokin. Kat sana, sweater, sarung tangan, stokin, snow cap (macamlah kat sana ada snow pulak , tapi itulah nama topi yang macam anak aku pakai tu) termasuklah penutup telinga untuk menahan sejuk pun ada! Jadi, jika anda tak bawa segala macam benda seperti di atas, jangan risau, kat sana memang ada dijual dengan banyaknya dengan bermacam-macam design jugak. Memang rasa macam dok kat oversealah (macam penah pegi oversea, hehe.. ). Tak sangka Cameron Highlands masih lagi terasa sejuk seperti itu. Tido malam berselimut, berstokin pun memang masih terasa sejuknya. Tapi seronok rasa sejuk macam tu. Dapat lari sekejap daripada rasa kepanasan kat KL ni. Dalam apartment yang kitaorang duduk tu pun memang takde kipas dan air-cond. Tak perlu pun sebab memang dah rasa macam ada air-cond! Sejuknye! Kebetulan masa kitaorang sampai tu hujan pulak, dan hujan bertambah lebat pulak sejam lepas tu, bertambah-tambahlah sejuknya...






Selepas hujan reda, kitaorang semua memulakan aktiviti jalan-jalan ke Strawberry Park kat Tanah Rata. Kat sini bukan ada strawberry je, kaktus dan tumbuh-tumbuhan yang lain pun ada. Ada jugak dijual fresh strawberry, homemade strawberry jem, aiskrim, waffle, cenderahati serta perkakas-perkakas untuk menahan sejuk seperti sarung tangan, stokin dan penutup telinga pun ada dijual di sini.






Dalam sejuk-sejuk tu nak jugak makan aiskrim. Tengok orang lain makan, kita nak makan jugak. Memang best makan aiskrim dalam rasa sejuk tu! Harga aiskrim di atas hanyalah RM5.00, sedaaaap!!! 






Aiskrim yang kitaorang order syer beramai-ramai. Pakat-pakat merasa. Adik-adik lelaki aku makan waffle, lupe pulak nak snap gambar waffle tu, sedap jugak dengan aiskrim dan jem strawberry. Dah lepas makan segala macam jenis yang sejuk dan yang panas tu, barulah boleh control macho kan, hehe... Maka habislah trip untuk hari pertama. Sempat pegi strawberry farm je. Keluar lepas hujan tu pun dah lewat dalam pukul 4.00 petang. Dalam 6.30 petang baru keluar dari strawberry farm. Oleh kerana hari yang kitaorang sampai tu hari Sabtu, malamnya tu ada pasar malam. So, pegilah membeli-belah di pasar malam pulak.  







 Hari kedua, dalam 11.30 pagi, pegi ke Ladang Teh Boh di Sungei Palas. Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada pemandangan di ladang teh. Memang cantik pemandangannya dengan cuaca yang sejuk walaupun dah tengahari tapi masih terasa sejuknya. Beeest!!!






Ini pula di kilang pemprosesan teh. Kecik je kilangnya. Tapi, ini cuma salah satu daripada kilang-kilang yang ada di Cameron ni. Kilang ni dibuka khas untuk pelawat-pelawat yang datang melancong ke sini bagi membolehkan orang ramai melihat sendiri bagaimana pemprosesan teh dibuat. Dah abis jalan-jalan, kita makanlah pulak, lapar ni...







Oleh kerana aku ni penggemar kek, tak sah kalau tak beli kek. Asyik makan kek sendiri je kan, nak jugak merasa orang lain buat pulak, hehe..kitaorang semua makan di cafe yang berdekatan. Cafe ni sekitar kawasan ladang teh ni jugak dan semestinya Cafe Teh Bohlah. Kebanyakan minumannya adalah produk Teh Boh, ada jugak jus buah-buahan kepada sesiapa yang tak minat nak minum teh. Lain-lain makanan cuma makanan ringan, macam kek dan pastri sahaja. Takde makanan berat-berat macam nasi ke. Nak makan nasi kena keluarlah dari ladang teh ni  Kek yang pertama adalah strawberry cake. Harga dalam RM5.00++ . Sedaaap!! Lembut keknya dengan strawberry cream, tak muak dan tak manis sangat. 






Kek yang kedua sedap adalah Banana Carrot Cake. First time makan kek pisang campur carrot. Kalau ikutkan tak suka sangat kek yang ada carrot ni, tapi sebab nak cuba camna rasanye jika dua bahan ni dicampur sekali. Sedap, cukup rasa pisangnya, ada rasa rempah sikit, takde rasa carrot, lebih pada rasa pisang, dengan topping cream cheese di atasnya, rasa yang menarik. Harga dalam RM5.00++ jugak.







Kek yang terakhir dan yang paling malang adalah kek YANG PALING TAK BEST & PALING MAHAL dengan harga RM6.50 amatlah tidak berbaloi membeli kek ini. Memang ada rasa coklat, tapi lemaknya tak ada. Aku rasa kek ni tak letak butter. Mengikut pengalaman aku, rasa kek coklat yang rasa macam ni biasenya letak minyak. Aku kurang suka kek yang letak minyak ni lagi-lagi kek coklat. Begitu mengecewakan. Adik-adik aku yang beli kek ni sampai tak abis makan. Rugi-rugi...







Walaupun begitu, kesemua kek-kek yang dibeli di atas habis juga dimakan. Kek coklat si Adib yang banyak makan. Budak-budak kan, manalah tau nak rasa sangat. Asal ada je rasa coklat, jalan...Abangnye pulak tak makan sangat. Tak taulah kenapa dengan budak ni, sampai Cameron jadi macam tak bersemangat, makan tak berapa lalu, tak tahan sejuk katanya. Tu yang muka monyok je sepanjang masa ada kat sana. Adiblah paling best, rilek je, seronok je dia pegi mana-mana pun. Dan yang paling tidak disangka, sedikit pun dia tak berpeluh. Almaklumlah, anak aku yang sorang ni kuat betul berpeluhnya kalau duduk KL. Main sekejap dah lencun separuh baju. Tapi kat sana, siap berlengan panjang dan bersarung tangan setitik peluh pun takde. Memang sesuailah budak ni duduk kat tempat macam ni





 
Destinasi seterusnya ke Taman Rama-Rama. Bukan setakat ada rama-rama kat sini. Segala macam haiwan seperti arnab, hamster, ular, kura-kura dan pelbagai jenis serangga ada kat sini. Di depan pintu masuk ada juga dijual barang-barang cenderahati.






 
Dah tengok rama-rama, kita tengok pokok kaktus pulak di Cactus Point. Segala macam kaktus ada kat sini. Pelik-pelik pulak tu rupa kaktus yang ada. Daripada yang paling kecik sampailah yang paling besar. Semua jenis saiz ada.








Sedar tak sedar berjalan sana-sini dah pukul 4.00 petang rupanye. Patutlah perut dah memainkan macam-macam jenis lagu, hehe... Dengan itu, kitaorang singgahlah makan nasi di Nik Ikan Bakar & Tomyam. Kedai ni memang dekat sangatlah dengan apartment yang kitaorang duduk tu, jalan kaki je pun boleh. Betul-betul di seberang jalan sana. Satu je nak komen sikit pasal kedai ni. Makanannya sedap tapi malangnya SERVISNYA TERAMATLAH LEMBABNYA...nasib baiklah makan sedap, harga pun ok, tapi slow gile servisnya. Yang paling menyakitkan hati, kitaorang ni dahlah ramai, lapar pulak tu, boleh pulak diaorang pegi hantar makan kat orang yang order kemudian daripada kitaorang. Mana boleh camtu, 1st come 1st servelah kan...order yang diaorang hantar dulu tu memanglah sikit, untuk 2 orang makan je, tapi sikit ke banyak ke, tak patutlah hantar order orang yang order kemudian. Sejam kitaorang tunggu. Dahlah lapar gile, lambat pulak. Siap ada miss lagi order. Ada lauk yang kitaorang order tu tak dihantarnya. So, makan jelah apa yang dihantar. Nak tunggu lagi, ntah bile nak sampai. Aku dahlah nak balik KL dah, tak sempat nak tunggu lama-lama. Oleh itu, kepada pemilik restoran di atas, perbaikilah servis anda. Janganlah buat customer ada panas hati  







Selepas makan dah hampir pukul 6.00 petang. Balik hotel, selepas solat, kemas-kemas terus bertolak balik KL. Lebih kurang 6.30 petang kitaorang bertolak dari Cameron Highlands. Sampai KL pukul 11.15 malam. Ada singgah Tapah untuk makan dan solat. Tu yang lambat sikit sampai. Sebelum pulang, adalah posing-posing sikit di sekitar apartment untuk tatapan anda semua








Takde ole-ole ke bawak balik KL? Mestilah ada...skrol lagi ke bawah...
















Inilah sarung tangan dan stokin milik Azim dan Adib. Stokin dan sarung tangan gambar bola tu Azim punye. Adib kitaorang beli sarung tangan je sebab dia nak pakai sarung tangan je, tak nak pakai stokin. Ntah bile pulak nak pakai ye. Kalau kat KL pakai alamat tebakarlah budak-budak tu kepanasan Stokin tu pun bukan boleh pakai pegi sekolah. Buat kenangan jelah







Ole-ole kedua baju-bajan. T-shirt-tshirt ni dibeli di pasar malam Cameron Highlands. Pasar malam kat sana biasenya pada hari Sabtu.








Ole-ole ketiga - makanan & minuman. Segala macam teh tu mestilah beli kat Ladang Teh Boh. Ntah taun bilelah nak abis teh-teh tu ye. Takpe, expired 2015, lambat lagi, sempat nak abiskan tu...  Fresh strawberry dan magnet peti beli kat Strawberry Farm.








Ok...dah abis cerita-ceriti di Cameron Highlands. Ada lagi seminggu cuti sekolah, masih sempat lagi kalau nak jalan-jalan. Apa kata ke Cameron Highlands..sejuk dan menyeronokkan! Selamat bercuti!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...