Followers

Thursday, December 31, 2009

Gathering MATACCT 96-97 @ Village View Restaurant, Bandar Baru Bangi

Minggu ni agak bz, so baru hari ni berkesempatan nak mengupload gambar & mengeditnye :-) Sempena cuti hujung minggu yang panjang baru2 ni iaitu pada 25.12.09-27.012.09 beberapa aktiviti telah dilakukan antaranye adalah gathering geng2 Matrikulasi Akaun 96-97. Ada yang dah biase jumpe, ada jugak yang dah lebih 10 taun tak jumpe. Tak semua yang dijemput dapat menghadirkan diri, almaklumlah, cuti panjang & kebanyakannya dah jadi mak budak & bapak budak, so mestilah dah ada plan masing2. Walaupun begitu, gathering kali ni tak mengecewakan sebab ada muka2 baru yang datang & alhamdulillah dapat mengumpul 10 couple berserta anak2nye sekali :-) Kecuali adalah sorang mamat tu masih bujang lagi tapi tetap datang untuk memeriahkan majlis. Kepada En. Faizal yang masih bujang tu, takpelah bujang lagi, mungkin jodoh belum sampai :-) Yang penting hidup mesti diteruskan tak kisahlah bujang ke, dah kawin pun kan :-)

So, dinner gathering ni dikendalikan oleh En. Usop, diadakan di Village View Restaurant, Bandar Baru Bangi pada hari Jumaat 25.12.09. Asalnye nak ke Bagan Lalang tapi memandangkan tempat tu agak jauh dari rumah masing2, maka Bandar Baru Bangi menjadi pilihan.



Sekitar pemandangan dalam restoran - cantik & romantik :-)





Antara gambar makanan yang sempat disnap, tapi makanannye dah abis, tak sempat nak snap masa mula2 dihidangkan sebab masing2 dah kelaparan! Termasuklah camerawoman yang amik gambar ni :-D




10 couple yang hadir termasuk anak2 didik masing2






Muka bapak2 budak yang dulunye kurus kedengking, sekarang, mak aii!! Masing2 sibuk membulatkan diri. Hati senanglah katakan dah kawin...ada bini tolong masak. Yang ada dalam gambar ni - Dari kiri ke kanan : Arip, Usop, Pet, Med, Boss, Faizal (yang ni lah yang single lagi tu, tapi tak nampak pulak muka dia, spoil pulak, takleh nak promote, sori ek Faizal, hehe..) & yang tepi kanan sekali tu Rizal




Achim (isteri tercinta Pak Usop) bersama 3 Charlie's Angelnye :-)





Dari kiri : Kartina Nasir & Diana (isteri En. Rizal) bersama baby girl masing2






Charlie's Angel Pak Usop yg ke-3 - comel gile budak ni! :-)









Kanak2 lain yang turut sama dalam gathering ni :-)







Overall makan kat sini memang best & harga yang berpatutan jugak. Untuk 10 couple lebih kurang dalam RM500.00++. Persekitaran yang sesuai untuk makan2 seisi keluarga & gathering jugak :-)

Monday, December 07, 2009

Chinese Muslim Restaurant Mohd Chan Abdullah


Sekarang ni terdapat banyak chinese muslim restaurant kat KL ni. Jadi, agak mudahlah untuk orang2 Islam merasa makanan cina tanpa rasa was-was. So, tengahari semalam berkesempatan pegi makan kat salah satu chinese muslim restaurant bertempat di Taman Melawati. Nama kedai ni "Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah". Kalau tak silap aku, ada aku terlintas lagi 1 cawangan kedai ni, tapi tak ingat kat mana. Emm...kalau dah boleh bukak cawangan tu, maknanye masyuk jugaklah biz kedai ni ek peace






Sebelum makan main course jom kite layan pau kacang & pau kaya sengihnampakgigi Mmmm...nyam! nyam!


Pau kacang yang gebu & sedap!






Ini inti pau kacang. Sedap paunye. Intinye pun banyak. Harga RM1.60 sebiji. Kitaorg order 7 biji semuanye! Mula2 order 3 biji je sebelum sampai main course, lepas tu order lagi 4 biji untuk tapau bawak balik umah. Buruk lantak betul! lapar






Ini aku punye main course - Nasi Daging Masak Lada Hitam. Harga RM6.50






My hubby punye main course - Nasi Lauk Ayam Masak 'Kong Boh'. Harga RM5.50





Komen - Secara keseluruhannye ok terutamanye dia punye pau, memang sedap! Main course boleh tahan, harga yang biase dan berpatutan. Bolehla kalau nak repeat lagi untuk rasa masakan lain pulak peluk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...