Kemalasan memasak telah datang semula. Kerajinan aku untuk memasak hanya dapat bertahan selama 2 bulan++ bermula daripada bulan Disember taun lepas sampailah cuti raye cine hari tu. Aku ni kalau masa ada mood nak memasak, janganlah stop. Kalau stop camnilah jadinye. Hilang mood dan tak taulah bile nak start balik. Disebabkan cuti raye cine seminggu hari tulah yang mood memasak jadi spoil. Cuti tu takde salah apa2 pun, akulah yang tak betulnye ;-) Kebetulan pulak, stok lauk dan beras dah makin menyusut, menambahkan kemalasan yang ada..
Dengan itu, mulalah tecari-cari menu yang nak dimakan di luar. Tempat favourite aku - mana lagi kalau tak food court Alpha Angle, Wangsa Maju. Biasenye aku makan menu Nasi Goreng Ayam ataupun Yee Mee Goreng Singapura seperti yang tertulis di entri yang lepas. Tapi, dah rasa boring asyik ngadap menu tu je, cube cari kelainan, nak try menu yang lain. Menu kali ni adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nasi Goreng Singapura Special - ada nasi goreng, chicken chop, kentang goreng, kacang merah dalam sos tomato & ada mayonis sikit. Harganye murah je - hanya RM6.20. Boleh order kat gerai "Makanan Asia". Sedap, murah & mengenyangkan!
Menu ke-2 - Black Pepper Chicken Chop, lagi murah dari menu kat atas tu - hanya RM5.90. Ada chicken chop, telur dadar (bawah chicken chop & nasi), nasi putih & sup kosong. Sedap, murah & mengenyangkan jugak! Boleh order kat gerai "Makanan Barat"
So, kepada anda yang tak tau dah nak makan apa bile keluar makan2, bolehla cuba 2 menu seperti yang dicadangkan di atas...Selamat Makan2 & Selamat Mencuba!