Followers

Tuesday, April 17, 2012

Antibiotik...Perlu Ke?

Gambar di atas adalah gambar ubat demam dan antibiotik. Yang kanan, ubat demam, yang kiri antibiotik. Untuk entri kali ni, nak jadi doktor tak bertauliahlah sikit. Sebelum tu, alkisahnya, akhir bulan Mac yang lepas sehinggalah awal bulan April adalah minggu demam sedunia! Oopss...silap, silap...minggu demam sekeluarga...hehe..mula-mula si adik demam, lepas si adik dah sihat, si abang dan mamanya sekali pulak demam serentak. Kebetulan 4 April yang lepas birthday si Azim, tak dapatlah nak sambut dan buat kek untuknya sebab mamanya pun tumbang jugak nangih Jadinya si Azim tak pegilah sekolah selama 3 hari. Alhamdulillah nasib baik abahnye tak demam. Kalau tak, susah jugak. Tapi, kalau kot lepas-lepas ni nak demam jugak nak buat camna kan, bukan kita punye kuasa nak tentukan. Jadi, terimalah seadanya sakit demam kita tu supaya kita ni sentiasa beringat kepada Allah.

Habis intro, kita pegi ke topik asal entri iaitu pasal antibiotik. Dah lama tak demam ni, maka tiba-tiba tergerak di hati nak cari info pasal antibiotik sebab ada sekali hari tu terbaca kat majalah Sihat mengatakan antibiotik ni sebenarnya tak baik untuk kesihatan, lebih banyak buruk daripada baiknya jika kita mengambil ubat tersebut.

Tapi, sebelum tu, nak cite sikitlah pasal antibiotik ni. Mengikut maklumat yang diperolehi daripada majalah dan website kesihatan di internet, antibiotik ni sebenarnya diambil untuk menghapuskan bakteria dan tidak berkesan sama sekali terhadap penyakit yang disebabkan virus. Itu faktanyalah. Tapi, yang peliknya, sejak aku kecik sampailah dah beranak ni, tak kiralah sakit apa pun, demam ke, selsema ke, batuk ke, mesti nak ambik antibiotik, kalau tak segala penyakit yang aku cakap tu lambat hilang. Walhal, semua penyakit yang dinyatakan adalah berpunca daripada virus. Anda semua macam mana pulak? Mesti anda mempunyai pemahaman yang sama macam aku kan?

Disebabkan fakta di atas, masa budak-budak dan aku sendiri demam hari tu, tak ambiklah antibiotik, ambik ubat demam je. Tak jumpa doktor pun, pandai-pandai beli ubat sendiri kat klinik. Malas nak jumpa doktor sebab dah tau dah apa ubat yang nak diberinya. Dah 5 hari demam tak kebah-kebah..kejap panas, kejap ok badan budak-budak termasuklah aku sendiri pun macam tu. Dah tak tahan dengan demam yang sentiasa on off tu, maka ambiklah antibiotik. Aku tak peduli dah pasal fakta yang aku tau tu. Alhamdulillah, lepas 2-3 kali makan, sihat aku dan anak-anak. So, apa cite jadi lagutu?

Moral of the story : Kalau rasa dah biasa makan antibiotik bila anda demam, selsema atau batuk, pada aku, teruskan je kebiasaan tu selagi tak memudaratkan badan anda. Apa-apa pun rujuklah dengan doktor anda jika anda mengalami sebarang alahan pada sebarang ubat. Macam keluarga aku, Alhamdulillah takde alahan pada ubat tertentu. Jadinya, kalau ambik ubat yang biase-biase macam yang aku tunjuk kat atas tu, Insya-Allah semuanya ok.

Itu saje cite untuk kali ni...segala pendapat di atas adalah sekadar pendapat peribadi. Sesungguhnya, yang pakar lebih mengetahui. Chow! peace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...