Anda orang Kelantan? Kalau bukan orang Kelantan, jom jalan-jalan ke Kelantan! Tapi kali ni bukan nak bercerita pasal jalan-jalan di Kelantan. Ini cerita pasal raya hari tu. Tahun ni kami sekeluarga beraya di Kelantan dulu. Biasenya beraya di Kuala Kangsar dulu baru ke Kelantan. Tapi, tahun ni special sikit sebab rumah nenek di Kelantan tengah renovate, jadinya tak cukuplah anak-beranak semua nak duduk dengan selesanya sebab ini adalah major renovation. Tengah-tengah rumah je yang ada. Bilik-bilik tidur semua tengah renovate. Dengan itu, ayahanda mengajak sekali duduk di homestay, so kenalah raya kat Kelantan dulu. Kalau kitaorang balik kemudian, kenalah cari tempat sendiri, rugilah pulak kan...hehe... lagipun dah lama tak beraya di Kelantan dulu, so apa salahnya tukar selera. Asyik beraya di Kuala Kangsar je dulu kan...macam ke Cameron hari tu, kami sekeluarga dengan ayah, umi, adik lelaki suami isteri dan 2 lagi adik yang masih bujang tu duduk sekali satu rumah di Homestay Damai Rest House ni. Sape-sape yang berminat, bolehla hubungi nombor di atas.
Rumah teres 2 tingkat ni terletak di salah satu kawasan perumahan di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan. Senang je nak cari, landmarknya berhampiran dengan Pasaraya Econsave.
Jom explore di sekitar kawasan rumah...
Ini adalah pemandangan di pintu masuk rumah. Ada set kerusi kayu untuk rehat-rehat seisi keluarga
Kita tengok dulu di bahagian tingkat bawah rumah ni - ruang tamu dan dapur. Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar, tuan rumah ada menyediakan peti sejuk, pinggan mangkuk dan sedikit teh dan gula untuk minum-minum. Sesetengah rumah ada disediakan mesih basuh jugak, tapi rumah ni takde ye. Kalau nak membasuh, kena sendirian berhadlah...hehe...tapi, kalau nak membasuh pun, tempat penyidai kain pun takde. Tapi, kalau nak membasuh jugak, gantunglah dekat grill luar rumah ataupun di pintu pagar. Itu jelah option yang ada. Kalau nak gosok baju, takde masalah, iron dan iron board ada disediakan juga.
Ini pula bilik tidur di tingkat bawah - bilik kami sekeluarga. Ada air-cond tapi takde kipas. So, takde option lain, kalau panas, kena pasang air-cond jugak. Bilik air di luar bilik. Bilik ni terletak berhampiran dengan dapur. Kiranya, keluar je bilik tu terus ke dapur.
Kita ke tingkat atas - master bedroom. Dilengkapi bilik air, air-cond dan kipas sekali.
Ini pulak bilik kedua dan ketiga di tingkat atas. 2 bilik ni berkongsi 1 bilik air. Kedua-dua bilik ada kipas sahaja dan katil double-decker. Ada ruang tamu kecil juga di atas, bolehla untuk letak-letak barang, kalau barang banyak. Kalau nak lepak tak sesuai sebab takde kipas.
Komen - secara keseluruhan memang selesa duduk kat umah ni. Sesuai untuk seisi keluarga yang ramai. Keadaan rumah dan bilik air yang bersih dan dijaga dengan baik. Tiada sebarang kerosakan alat elektrik ataupun ketiadaan air. Semua kemudahan yang disediakan memang berbaloi dengan harga RM400.00 untuk 3 malam.
Sekian untuk entri kali ni. Semoga info tentang homestay di atas dapat membantu anda yang tercari-cari homestay di Kelantan ni. Tapi, anda jangan risau, kalau tempat di Kok Lanas bukan menjadi pilihan anda, bolehla survey-survey di tempat lain. Di Kelantan ni, kalau anda ronda-ronda, memang banyak homestay. Ke daerah mana pun anda pegi, mesti ada signboard homestay. Memang tak susah nak dapat homestay di sini. Kalau nak tempah dulu, bolehla cari di mana-mana website yang berkaitan. Adios!