Followers

Thursday, July 25, 2013

Restoran Nasi Arab AFC, Gombak


Lama sudah tidak menjadi wartawan jalan-jalan cari makan tak bertauliah ni. Di bulan puasa ni kita kembali semula membuat liputan tentang tempat makan yang baru dikunjungi minggu lepas. Kalau dah takde idea nak berbuka puasa kat mana, cuba datang makan di Restoran Nasi Arab AFC, Taman Greenwood, Gombak. Taman Greenwood memang dekat sangatlah dengan rumah. Dalam 15 minit je dah sampai.
 
Apa maksud AFC? Bukan Arsenal Football Club, ini takde kena-mengena dengan mana-mana pasukan bola ye. AFC adalah singkatan untuk "Al-Amin Food Corner". Macam mana aku tau? Dah memang terang-terang tertulis kat papan tanda kedai makannye tu. Mulanye ingat nak snap jugak gambar papan tanda kedai, tapi seganlah pulak sebab ada pak aji-pak aji yang sedang lepak kat meja makan di luar kedai. Bukan lepak makan, jangan salah paham, tengah lepak menunggu nak berbukalah http://eemoticons.net
 
Restoran ni jugak penah dikunjungi oleh pihak TV3 untuk JJCM kegemaran ramai tu temasuklah aku. Oleh kerana encik suami yang mencadangkan untuk berbuka di sini, so aku ikut jelah apa menu yang dia nak order. Lagipun, dia yang mengidam sangat nak makan nasi arab hari tu. Dia jugak dah biase sangat makan nasi arab kat sini dengan member-membernye. FYI, restoran ni dimiliki oleh orang Melayu dan kepada sesiapa yang berminat nak jadi usahawan nasi arab, bolehla mengambil kursus memasak nasi arab di sini.
 
Ok, dah habis membebel, kita tengok menu...http://eemoticons.net

 
 
 
 
 
 
 Menu ni adalah hidangan set untuk 3 orang terdiri daripada nasi, ayam, kambing & lamb shank
 
 
 
 
 
 
Ini close-up untuk hidangan utama - nasi, ayam & kambing





Inilah dia punye lamb shank...emmm...Nampak best kan! http://eemoticons.net





Ada jugak sayur campur




Sup kosong
 
 
 
 

Dan tak ketinggalan dia punya sambal. Aku ni bukan kaki sambal, jadi tak makanlah sambal ni. So, tak taulah rasanye macam mana. Mengikut encik suami, sedaplah katanye




Begitulah details untuk set nasi arab AFC. Komen - Boleh tahan juga sedapnya, tak beza sangat ngan nasi arab yang penah aku makan sebelum ni. Bolehla cuba untuk merasa air tangan melayu yang masak nasi arab. Dari segi harga, pada sesiapa yang dah biase makan nasi arab, harga RM80.00++ adalah harga standard untuk nasi arab. Harga tersebut dah temasuk dengan air ye.
 
Ruang persekitaran dalam kedai agak kecik walhal dah 2 lot kedai dah diambiknye, tapi disebabkan lot kedai kawasan Taman Greenwood ni agak kecik, so 2 lot pun tak besar mana. Tapi, masih lagi selesa untuk makan-makan sekeluarga atau beramai-ramai dengan kawan-kawan.



 
Apa tunggu lagi?! Jom berbuka dengan nasi arab! Selamat Berbuka! http://eemoticons.net

Wednesday, May 08, 2013

Taj Hadramawt Restaurant, Setapak, KL

Entri makan-makan lagi..apa nak buat, tuan empunya blog ni memang suka makan, pulak sekarang dah habis pantang, apa lagi, sebatlah apa yang selama ni takleh nak disebat, hahaha!

Tapi entri ni adalah semasa dalam tempoh berpantang lagi. Adik aku yang sorang ni, yang rajin betul nak belanja kitaorang semua sekeluarga sempena hari lahir ayahanda dan anak sulongku Azim, maka kitaorang pegilah makan malam di restoran arab, Taj Hadramawt yang terletak di Setapak. Senang sangat nak cari restoran ni sebab ianya di tepi highway MRR2 sahaja.

Sebenarnya, dah 2 kali aku ke sini, pertama kali pada 15 Januari yang lalu, dan kali kedua adalah pada 6 April 2013. Dengan itu, menu-menu yang akan ditayangkan adalah himpunan daripada kedua-dua visit tersebut.




Antara ahli majlis yang hadir pada malam tersebut





Baby juga tidak ketinggalan menjadi sebahagian daripada penyeri majlis di samping birthday grandfather & birthday boy Tapi baby takleh makan apa-apalah, minum susu jelah






Dua jejaka idaman malaya yang tak sabar-sabar tunggu nasi arab untuk diisi sepenuh-penuhnya ke dalam perut masing-masing







Masa untuk tengok menu....










Ini adalah Lamb Mandy untuk set individu RM20.00 (aku punye). Ini adalah menu pada visit yang pertama, semasa aku dan hubby aku pegi dating, memang betul dating, tanpa anak-anak. Sekali-sekala dating bedua je, apa salahnye





Ini hubby aku punye, set individu Chicken Mandy RM17.00. Menu ni diorder pada first visit jugak







Sepertimana yang anda dapat lihat tarikh yang tertera, menu ini diorder pada second visit - Chicken Madghout set untuk 2 orang (1/2 chicken) RM17.00. Menu ni untuk ayahanda & bonda tercinta






Menu second visit jugak - Chicken Madghout (whole chicken) set untuk 3-4 orang RM35.00. Ini untuk aku sekeluarga.




Menu-menu lain yang tak sempat nak disnap gambarnye :

1) Chicken Kebab - RM15.00
2) Lamb Kabsa - RM15.00
3) Grilled Fish Fillet - RM20.00



Komen - Tak beza sangat rasa nasi arab yang pernah aku makan sebelum ni iaitu di Saba Restaurant. Bolehla pegi lagi untuk visit seterusnya. Harga yang berpatutan, harga standard untuk nasi arab. Suasana restoran yang best untuk makan seisi keluarga, senang parking (kecuali peak hours seperti malam minggu). Agak berbaloi dan tak rugi untuk anda mencuba makanan di sini.


Nak datang sini?
Taj Hadramawt Restaurant
No. 45-G, Jalan Melati Utama
Setapak, Kuala Lumpur.
Tel : 03-4106 3323/013-3233 734

Friday, April 26, 2013

Dinner @ Tasik Idaman, Dengkil

Sudah berkurun lamanye tak singgah di sini. Dah 4 bulan rupenye tidak mengupdate blog. Busy sangat ke? Takdelah busy, cuma mood untuk menulis tu takde, jadi terbiarlah segala entri yang nak dibuat. Lagipun, sebelum ni dengan status mak buyong, keadaan begitu tidak selesa dan mood nak menulis tak berapa bagus. Sekarang, setelah 2 bulan melahirkan, maka bolehla menulis semula entri-entri yang dah lama tertunggak. Mintak maap bebanyak kepada yang mengikuti perkembangan blog ni (kalau adalah  ) kerana mengabaikan blog ini untuk sementara waktu.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita tengok entri terbaru setelah 4 bulan menghilang, kita pergi makan-makan nun jauh di Dengkil sana. Makan-makan kali ni ditaja oleh adik aku the second. Katanye saje-saje nak belanje kitaorang sekeluarga, ayah, umi & adik-adik yang lain. Dinner ni berlangsung pada bulan Disember 2012, dah lama kan? Tapi takpe, yang penting, reviewnye & In Shaa Allah restorannye masih ada lagi beroperasi. Pertama sekali, kita tengok apa menunya & harganya. Dipersilakan dengan hormatnye skrol ke bawah... 


































Dah puas tengok menu? Tengok pulak apa yang kitaorang order....skrol lagi ke bawah, skrol, jangan tak skrol





Tomyam campur





Ikan siakap masak 3 rasa & masam manis







Daging masak merah & daging blackpepper







Udang goreng tepung









Telur dadar







Tak sempat sangat nak snap keseluruhan persekitaran restoran, tapi lebih kurang macam nilah tempatnye. Tempat yang kitaorang duduk ni di atas air. Ada 2 jenis tempat nak duduk, satu atas tanah, satu atas air, dengan kata lain kitaorang duduk dalam tasik le ni, tapi takde le tenggelam ye, kalau dah tenggelam, takkan aku masih wujud atas muka bumi untuk menulis entri ni, hehe...  Jadinye, ikut citarasa masing-masinglah nak makan atas tanah atau dalam tasik.





Komen : Takde apa yang istimewa sangat tentang menunya, cuma yang istimewa adalah persekitaran tempat makannya. Kalau nak rasa suasana yang berbeza makan tomyam & seafood, bolehla datang makan kat sini. Kata adik aku, ada tomyam special sebenarnya yang menjadikan tomyam kat sini lain dari yang lain tapi kitaorang tak order sebab katenye pedas menyengat! Dengar macam tu, bonda tersayang agak ngeri nak makan dan order tomyam biase je, malas nak order macam-macam jenis tomyam, jadinye order jelah tomyam biase yang semua orang boleh makan. Kalau tak silap, namanye Tomyam Tasik Idaman. Ada dalam menu kat atas, korang boleh skrol semula ke atas. Nak tau kat mana lokasi sebenar restoran ni, skrol lagi ke bawah ada tertera nama, alamat & no teponnye sekali. Bolehla calling-calling sebab kalau aku yang bagi direction, usahkan tasik, tanahnye pun tak tentu lagi korang jumpe

Dengan itu, selamat makan-makan & selamat mencuba!









Wednesday, December 12, 2012

PappaRich, Prima Sri Gombak

Pada 20/10/12 yang lepas bersamaan dengan hari Sabtu, aku dan rakan satu sekolah, Marina ada agenda survey-survey tadika untuk anak kitaorang. Anak Marina 6 tahun, anak aku 5 tahun. Lepas pegi survey-survey tu pegilah lunch @PappaRich, Prima Sri Gombak. Menu yang diorder adalah...





Ini order tuan punye blog - Chicken Chop with Fried Rice RM14.90. Chicken chop nampak macam keropok pun ada kan, mengerengkot je, tapi jangan silap, rasanye ok walaupun rupanye sebegitu. Terkena pulak kat aku masa tu chicken chop tu rupe macam tu masa aku order. Ini mesti buat sendiri chicken chop ni. Kalau tak takkan rupe macam tu kan.





Ini order Pn. Marina - Kuew Teow Goreng RM9.90. Dia kata kalau makan kat sini, ini jelah yang dia selalu order sebab ni menu favouritenye. Katanye sedaplah, aku ni tak suka kuew teow, so, anggaplah kuew teow ni sedaplah ye..hehe




Ini Iced Mocha with Ice-cream RM8.80. Disebabkan restoran ni takde ice-blended, aku orderlah yang seumpama dengannya. Terbaek! Memang sedap Iced Mocha ni. Lebih kurang rasa ice-blended jugak sebab dia letak aiskrim agaknye. Kawan aku pun order air yang sama, saje nak try sebab tengok aku order. Biasenye dia order Iced Lemon Tea je




Dengan rasa dan harga seperti yang telah dihuraikan di atas, bolehla lain kali nak repeat lagi untuk makan kat sini. Pada aku, harganya memang berpatutan dengan rasanye. Cuba, jangan tak cuba!

Tuesday, November 27, 2012

Warung Kayu Manis, Taman Melawati

Setelah sekian lama tidak berblogging, mari kita berblog semula dan entri kali ni dah tentulah pasal makan-makan, entri yang paling aku seronok nak cite. Kali ni cuba makan di Restoran Warung Kayu Manis di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Setelah 2 kali promo restoran ni keluar tv iaitu di rancangan Jalan-jalan Cari Makan 2012 (TV3) & Best in The World (Season 2) di 8TV, maka teringin betul nak rasa macam mana masakan di kedai ni. Hebat sangat ke sampai dipromotekan begitu sekali. Nak tau, jom tengok apa yang aku order. Dah lama dah pegi makan kat sini untuk dinner, bulan 10 hari tu, tapi sekarang barulah ada mood dan kesempatan untuk mengwar-warkan kepada anda semua. Jom tengok apa menu yang diorder...


Asam pedas ikan merah







Kailan ikan masin







Telur dadar




Di samping lauk-lauk di atas, kitaorang order nasi putih 3, air bandung 2, teh ais & teh o panas berserta segelas air suam. Nak tau berapa harga? Semuanya RM56.00. Pada aku harganya mahal dan agak tidak berpatutan dengan rasa dan harganya. Rasa yang biase-biase je (kalau aku buat sendiri, rasanye lebih kurang je kot..hehe.. ) Ataupun makan je kat kedai-kedai tomyam biase yang harganye lebih murah dan mungkin lebih sedap atau setara dengan rasa masakan di kedai ni. Kenyang memanglah kenyang, portion ikan dan nasinya memang ok, cuma dari segi rasa agak kureng sikit. Di samping masakan melayu, kat sini ada jugak western food. Harga untuk western boleh tahan jugak harganye, dalam puluh-puluh juga le untuk 1 hidangan. Mungkin next time kita cuba dia punye western pulak.

So, kesimpulannye, kalau lain kali nak makan kat sini untuk masakan melayu, rasenye tak dah kot sebab mahal. Ikan merahnya fresh tapi sayang, rasa asam pedasnya tak sedap mana pun. Ini pendapat akulah, lain orang, lain selera, kalau nak cuba, dipersilakan dengan hormatnye. Jumpa lagi di next entri dan dah tentunye entri makan-makan lagi, chow!  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...