Lama sudah tidak menjadi wartawan jalan-jalan cari makan tak bertauliah ni. Di bulan puasa ni kita kembali semula membuat liputan tentang tempat makan yang baru dikunjungi minggu lepas. Kalau dah takde idea nak berbuka puasa kat mana, cuba datang makan di Restoran Nasi Arab AFC, Taman Greenwood, Gombak. Taman Greenwood memang dekat sangatlah dengan rumah. Dalam 15 minit je dah sampai.
Apa maksud AFC? Bukan Arsenal Football Club, ini takde kena-mengena dengan mana-mana pasukan bola ye. AFC adalah singkatan untuk "Al-Amin Food Corner". Macam mana aku tau? Dah memang terang-terang tertulis kat papan tanda kedai makannye tu. Mulanye ingat nak snap jugak gambar papan tanda kedai, tapi seganlah pulak sebab ada pak aji-pak aji yang sedang lepak kat meja makan di luar kedai. Bukan lepak makan, jangan salah paham, tengah lepak menunggu nak berbukalah
Restoran ni jugak penah dikunjungi oleh pihak TV3 untuk JJCM kegemaran ramai tu temasuklah aku. Oleh kerana encik suami yang mencadangkan untuk berbuka di sini, so aku ikut jelah apa menu yang dia nak order. Lagipun, dia yang mengidam sangat nak makan nasi arab hari tu. Dia jugak dah biase sangat makan nasi arab kat sini dengan member-membernye. FYI, restoran ni dimiliki oleh orang Melayu dan kepada sesiapa yang berminat nak jadi usahawan nasi arab, bolehla mengambil kursus memasak nasi arab di sini.
Menu ni adalah hidangan set untuk 3 orang terdiri daripada nasi, ayam, kambing & lamb shank
Ini close-up untuk hidangan utama - nasi, ayam & kambing
Ada jugak sayur campur
Sup kosong
Dan tak ketinggalan dia punya sambal. Aku ni bukan kaki sambal, jadi tak makanlah sambal ni. So, tak taulah rasanye macam mana. Mengikut encik suami, sedaplah katanye
Begitulah details untuk set nasi arab AFC. Komen - Boleh tahan juga sedapnya, tak beza sangat ngan nasi arab yang penah aku makan sebelum ni. Bolehla cuba untuk merasa air tangan melayu yang masak nasi arab. Dari segi harga, pada sesiapa yang dah biase makan nasi arab, harga RM80.00++ adalah harga standard untuk nasi arab. Harga tersebut dah temasuk dengan air ye.
Ruang persekitaran dalam kedai agak kecik walhal dah 2 lot kedai dah diambiknye, tapi disebabkan lot kedai kawasan Taman Greenwood ni agak kecik, so 2 lot pun tak besar mana. Tapi, masih lagi selesa untuk makan-makan sekeluarga atau beramai-ramai dengan kawan-kawan.
2 comments:
Lokasi terbaru Restoran Nasi Arab AFC berada di susur simpang keluar Duta Ulu Kelang ( DUKE ) di Pusat Perdagangan Selaseh 2 , Fasa 2.: Terletak berhampiran Surau Darul Muhajirin. Lokasi terletak di bangunan lama 2 tingkat di Alamat No. 6 Jalan Selaseh 18, Taman Selaseh Fasa 2 . Sekiranya ternampak 99 speedmart di situ pandang ke arah lorong belakang akan nampak bangunan lama 2 tingkat . Restoran Nasi Arab berada bersebelahan kedai runcit. Itu adalah lokasi terbaru nasi arab AFC. untuk sebarang tempahan meja, tempahan bungkus dan lain-lain maklumat lanjut boleh hubungi. no telefon 011-63327027 AFC atau 0193211911 Pn. Hasnah.
Waktu operasi terbaru Restoran Nasi Arab AL Amin FOOD COrner (AFC). Isnin- khamis 12tengahari-7malam sahaja . Jumaat & Sabtu 12 tengahari- 9malam sahaja. Waktu solat jumaat tutup sementara,kemudian buka seperti biasa. Setiap Ahad tutup cuti mingguan. Call 011-63327027 AFC dan 019-3211911 Pn Hasnah.
Post a Comment