Followers

Thursday, July 02, 2009

My Passion - Big Apple Donuts & Coffee

Pada bulan Mei 2009 yang lepas, masa tengah window shopping kat Alpha Angle, Wangsa Maju, telintaslah satu kedai donut – Big Apple Donuts & Coffee. Kalau diikutkan, aku bukanlah peminat donut. Tapi, bila pertama kali mencuba donut Big Apple ni, terus aku jatuh cinta. Sejak daripada tu boleh dikatakan tiap2 minggu aku ke sana untuk membeli donut. Tak taulah sampai sekarang dah berapa banyak belanje dah keluar untuk membeli donut2 kegemaran aku & anak aku tu. Yelah, sekali beli sedozen. Harga sedozen RM21.00. Bayangkanlah kalau dah tiap2 minggu...Aku ingat lepas ni nak kurangkanlah ketagihan makan donut ni. Dapat dalam sebulan 1-2 kali ke cukuplah kan. Taklah kopak duit aku nangih

Itu baru passion yang pertama – ketagihan makan donut. Disebabkan ketagihan tu, timbul pulak lagi satu passion – nak bukak cawangan Big Apple. Yelah, kalau dah bukak kedai sendiri, takdelah nak ketagih lagi kan, hari2 tengok donut
lapar So, aku pun hantarlah email ke management Big Apple untuk dapatkan maklumat untuk membuka cawangannye. Nak tau berapa kos untuk bukak diaorg punye outlet? RM1.1 juta!! Banyak tu!! Mane nak cari duit sebanyak tu….kecewa betul…dengan gaji aku & laki aku sekarang ni sampai dah tua ganyut pun belum tentu dapat RM1 juta, lainlah kalau dapat durian runtuh surprised So, tepakselah aku kuburkan impian nak jadi bos Big Apple. Sampai sekarang aku masih terasa kekecewaan tak dapat bukak cawangan Big Apple nih…Anyway, aku sekeluarga tetap enjoy makan donut Big Apple wpun tak dapat bukak cawangannye. Tak dapat bukak cawangan, dapat makan je pun jadilah…. rindu


Outlet Big Apple di Alpha Angle, Wangsa Maju




Kotak sedozen



Our family favourites




Me & my son, Azim enjoying our donuts




Mmmm....sedap sehingga comot semua jari-jemari kenyit




Turn akulah pulak...






My hubby pun suke jugak





Si kecil hanya mampu melihat mama, abah & abangnye makan....shiannn...Adib kena tunggu besar sikit, gigi pun dah banyak baru boleh makan kenyit



Pada korang2 yang tak penah lagi cube, cubelah! Sedaaaaap!!! sengihnampakgigi

1 comment:

Unknown said...

Salam tau tak kedai sushi yg jual dkt alpha angle halal2 tak ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...