Followers

Monday, July 27, 2009

Seoul Garden, One Utama

Pada 05.07.09 baru2 ni, sempena menyambut ulangtahun perkahwinan aku yg ke-5, aku & laki aku pegilah makan2 kat Seoul Garden, One Utama. Restoran ni berkonsepkan barbeque & steamboat ala korea. Minat yang mendalam terhadap makanan korea & rasa kurang berpuas hati dengan menu kat Koryo Won Restaurant, KLCC, membuatkan aku nak cube pulak camna rasanye makan kat restoran ni.

Secara keseluruhannya makan kat sini ok tapi pada aku agak mengecewakan sebab bukanlah semua yang ada dalam menu diaorg tu korean stail. Sup yang dihidangkan ada ciri2 korea tapi ada dua je - seafood kimchi & ginseng chicken. Lagi dua tu Malaysian stail - tomyam & lagi satu aku lupelah, tapi sup yang biase kite makanlah kat Malaysia nih. Lauk untuk BBQ ada sotong, udang, ayam, ikan & daging. Lauk steamboat biaselah cam lauk yong tau fu.

Lauk yang diperap cara korea hanyalah “Beef Bulgogi” & “Chicken Bulgogi” dan itulah yang paling sedap. Yang lain2 perap cara “Sze Chuan”, “Char Siew”, “Teriyaki”, kari, cili & tomyam. Cara perap yang macam ni biase je, bukan stail korea. Cara “Sze Chuan” & “Char Siew” tu pulak tak silap aku stail Cina. “Teriyaki” pulak stail jepun. Memang cacamarbalah...

Tu sebab aku kata stail kat sini tak korea sangat. Semuanye dah dimodified mengikut citarasa orang Malaysia. Rasa kimchinye pun tak masam dan tak pedas sangat. Sepatutnye rasanye lebih pedas dan masam macam yang dekat Koryo Won Restaurant tu. Wpun aku tak berapa suka rasa yang terlalu masam, tapi itulah rasa kimchi yang sebenar (agaknye la sebab aku penah baca review satu blog sorang mamat ni, dia penah belajar kat Korea, so dia kata rasa kimchi yang sebenar-benarnye memang masam & dia pun tak berapa suka dengan rasa yang macam tu). So, bila rasa dia tu tak seperti mana yang sepatutnye, maka hilanglah kekoreaannye tu
merajuk

Anyway, pada sape2 yang tak kisah sangat dengan rasa korea ke, tak korea ke, makan kat sini agak bebaloi. Buffet lunch dengan harga RM25.88 satu kepala korang boleh dapat main course (BBQ & steamboat) & desert sekali. Air boleh refill dengan harga RM3.88.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...