Followers

Friday, August 21, 2009

Murtabak Raja

Hari ni 30 Syaaban 1430H, hari terakhir kita berada di bulan Syaaban. Ini bermakna esok 1 Ramadan kita mulalah berpuasa. Sempena nak menyambut bulan puasa ni, aku ada satu juadah nak diintroducekan kat sini iaitu murtabak. Kalau dalam bulan puasa ni murtabak memang menjadi salah satu hidangan untuk berbuka pada sapa2 yang sukalah kan. So, apa yang istimewa sangat pasal murtabak ni? Murtabak yang aku nak introduce ni bukan murtabak biase, murtabak ni namanye 'Murtabak Raja'.

Alkisahnye pada 30.07.09 yang lepas ayah aku balik ke kampungye di Kota Bharu, Kelantan. 2 hari lepas tu dia balik KL dan.....naaaah! maka terbagilah dia kat aku
'Murtabak Raja' ni. Nak tau camna rupenye? Lihatlah sendiri gambo2 kat bawah ni....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Ini adalah packaging murtabak raja ni...kemas kan? Mana nak ada kat KL ni nak bungkus camni fikir
*
*
*
*
*
*
*
Dari mana murtabak ni mendapat namanye? Dah tentulah drpd saiznye! Besar kan?
*
*
*
*
*
*
*
Cubelah anda bandingkan saiz murtabak ni dengan periuk nasi aku yg tak berapa besar ni...dah nak lebih kurang sama besar ngan periuk ni kan?
*
*
*
*
*
*
*
Ini adalah sesi pemanasan murtabak. Aku takde microwave, so pakai ceper ni jelah...nasib baik muat penat'ngam-ngam soi' kata orang cina gatai

*
*
*
*
*
*
*
'A piece of murtabak raja'
Mmmmmm.........memang sedap rasenyeeeeee!!!
Takde lagi aku jumpe kat KL SESEDAP! & SEBESAR! ni saiz murtabaknye gua cakap lu! gile
*
*
*
*
*
*
*
Mengikut kata ayah aku murtabak ni takde jual kat mane2 kedai. Hanya orang2 tertentu yang tau pasal murtabak ni je yang tau kat mane nak order. Kirenye ni special orderlah. Maklumlah, homemade. Alah, macam orang2 yang buat kek & cupcake dari rumah tu....camtulah. Nak tau berapa harganye? Harganye RM13.00! Korang rasa bebaloi tak dengan saiz & harga yg macam tu? Pada aku agak bebaloilah sebab rasanye sedap & memang tak rugilah sekali-sekala spend sebanyak tu untuk menikmati rasanye yang sedap tu. Setakat yang aku tau, murtabak raja ni hanya boleh didapati dari Kota Bharu, Kelantan, tak taulah kalau negeri2 lain ada jugak murtabak yang seumpama ini. Ada sape2 yang tau? Share2lah info...Apa2 pun kepada semua blogger2 yang beragama Islam aku ucapkan SELAMAT BERPUASA! love

Tuesday, August 04, 2009

Sushi King - Halal ke?

Dalam sibuk2 nak try makanan korea, tibe2 telintas nak rasa makanan jepun pulak. Antara makanan jepun yang popular adalah sushi. Masa aku sekolah menengah dulu kalau tak silap, penahlah try satu sushi dekat restoran berputar KL Tower tu. Masa tu buffet buka puasa. Tak sedap rasenye, takleh terima tekak aku ni. Tapi, kali ni aku nak memberanikan diri untuk mencuba sekali lagi macam mana sebenarnye rasa sushi. Antara restoran sushi yang terkenal kat Malaysia ni adalah Sushi King. So, aku pun surveylah kat internet mencari maklumat tentang status halal restoran ni sebab biaselah kan, restoran makanan bukan Melayu ni pasti ada keraguannye. Mula2 tu memang nak redah je makan kat situ sebab aku tengok ramai gak orang Melayu makan kat situ, tapi disebabkan desas-desus mengatakan ada kemungkinan Sushi King ni tak halal, aku pun surveylah dulu sebelum pegi. Maka, tejumpalah aku satu blog ni - http://afiqsdiary.blogspot.com. Mamat ni ada mengemukakan pertanyaan kepada Sushi King. Berikut adalah enquiry & jawapan yang diberikan oleh Sushi King...



Enquiry : I would like to know about halal status of Sushi King since there were no halal logo on every of your premis entrance.


Jawapan dari Sushi King :

Dear Mohamed Afiq,

Thank you for your email.

For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free.

All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,

Marilyn Lim
Marketing Department Sushi Kin Sdn Bhd.

Tel: 03-56319060 Ext: 283



Jawapan yang diberikan di atas hanya menjelaskan tentang produk ayam & dagingnye. Macam mana pulak dengan status sushinye? Rentetan dari soalan di atas, aku sendiri telah mengemukakan soalan kepada pihak Sushi King. Berikut adalah enquiry dari aku...

Enquiry : I know that your chicken & beef are from halal supplier. How about your sushi? Do you put any sake or any other types of alcohol in your sushi? If you did, you shouldn’t do. Cause muslims can’t eat your sushi if contains any alcohol. Hope you can change it to vinegar that not contains alcohol cause muslims also want to enjoy your sushi. Thank you.

Jawapan dari Sushi King :

Dear Faeza,

Thank you for your enquiry.

Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.

Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.

Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura

On top of that, some of our restaurants do sell beer.

Hope this answers your question.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200


So, berdasarkan email2 di atas, sekarang anda semua tahu apa sebenarnye status Sushi King. Dengan melihat jawapan pihak Sushi King pasal status sushinye aku agak kecewa sebab aku mengharapkan Sushi King mempunyai status halal, tak seperti restoran2 sushi lain yang tidak halal.

Kesimpulannye, pada aku, kalau satu2 restoran tu ada jual alkohol tapi tak diletakkan dalam makanannye, aku boleh lagi makan kat restoran yang macam tu, tapi, kalau dah dalam makanan ada diletakkan alkohol, aku tak berapa yakinlah nak cuba. Kepada anda yang di luar sana yang mengidam makan sushi, timbang2kanlah sebaik-baiknye kalau nak makan di Sushi King ni. Memang tak semua sushinye ada mirin, tapi lecehlah kan nak makan, takut2 terambik pulak sushi yang ada mirin. Dengan itu, jalan yang paling selamat, kalau aku rasa nak makan sushi, aku pegi je kat supermarket Carrefour Wangsa Maju. Sushi kat situ aku yakin halal tapi takde logo halal pun, orang yang jaga kaunter tu kata halal. So, aku mengatakan halal kat sini adalah pada pandangan & keyakinan aku saje. Tepulanglah pada diri masing2 untuk menilai kenyit Happy Eating!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...