Followers

Wednesday, October 28, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa @ Jusco Setiawangsa



Pada hari Ahad, 25.10.09 yang lepas, aku, anak2 & my aunties pegi makan2 @ Nasi Lemak Antarabangsa @ Jusco Setiawangsa. Saje je bawak budak2 jalan2. Boring nak duduk umah hari tu sebab suami sibuk tengok Moto GP @ TV9, tulah sebab outing untuk kali ni melibatkan geng2 ladies sahaja.




3 dara pingitan yang tengah sibuk makan lapar Sempat lagi nak posing tu. FYI, gambar ni diambil oleh Azim. Pandai jugak budak ni snap ek!





Di kesempatan ini aku nak introduce my auntie yang baik hati meminjamkan CD2 KDramanye yang menjadi kegemaran aku tu. Dia yang ku panggil "Cik" juga orang yang bertanggungjawab membelanja makan tengahari kitaorang semua. Thanx Cik!




Jom kita tengok menu pulak!




Aku dan my auntie pilih set nasi lemak + paru goreng + kerang + iced lemon tea. Harganye RM9.90/set




My auntie yang ku panggil "Cik" tu tak boleh makan paru, so dia tak ambik yang set, dia ambik ala carte nasi lemak + ayam masak merah. Harganye RM7.90




Ini set aiskrim + kek untuk Azim. Harganye RM3.95/set





Lepas makan, pusing2 Jusco Setiawangsa, telintaslah mainan motor & keta ni. Maka begaye sakanlah si Azim ni! encem Lepas tu pegi main @ playground Jusco.






Sebelum balik, tak lupa untuk beli set sushi untuk suami & aku sekali love







The boys yang keletihan. Penat betul agaknye dua beradik ni main @ playground Jusco tu penat





Tiba masanye untuk komen :-) Pada aku nasi lemak antarabangsa tiada apa yang hebat dengan rasanye malah AGAK MENGECEWAKAN SAMA SEKALI! Tidak padan dengan tarafnye yang telah lama established sejak taun 1973. Sebelum Nasi Lemak Antarabangsa dinaiktaraf menjadi restoran seperti sekarang ini, aku penah makan nasi lemaknye yang terletak di Kg. Baru (tempat asal nasi lemak ini menjadi popular). Rasa sambalnye memang sedap! Jadi, aku mengharapkan itulah rasa yang sepatutnye aku dapat. Kenapa tak sama rasanye ye? Aku tertanya-tanya. Sudahlah begitu, lauk kerangnye pun ada 5-6 ketul je, itupun kecik2, macam takde langsung. Parunye pun dalam 2-3 keping je. Sambal je yang lebih. Nasi pulak sikit. Rasa tak bebaloinye dengan harga yang dibayar. Sedap lagi nasi lemak makcik kat tepi jalan kat ofis aku tu! Memanglah orang belanje, tapi, kalau dah macam nilah rasanye, kemungkinan besar aku tak pegi dah makan kat sini.

Kepada pihak Nasi Lemak Antarabangsa yang mungkin ada terbaca entry ni, perbaikilah rasa sambal anda kerana kesedapan setiap hidangan nasi lemak itu adalah terletak pada sambalnye selain daripada rasa lemak nasi itu sendiri. Begitu juga dengan kuantiti lauknye, biarlah padan dengan harganye, ini nampak sangat macam kedekut lauk. Baiklah makan nasi lemak biase je tanpa lauk! sedih

3 comments:

adie said...

dah 2 review aku baca pasal restoran nasi lemak antarabangsa ni. semenye menunjukkan ibu jari ke bawah.hmmm... adakah restoran nasi lemak a/bangsa ni betul² francais dr nasi lemak a/bangsa kg baru tu? terus menjadi tanda tanya.

mama tisya said...

tu la kita pn dgr rmi gk kwn2 yg ckp tk best..dh la mhl tp lauknye skit..tk berbaloi..mmg dkt je ngan jj setiawangsa tp mmg tk pernh try pn...lgpn boring la mkn nasilemak tu baik mkn johny's ke,kenny roger's ke...hehhehehe

Fa-Ei-Za said...

Maknanye tak salahlah rasa lidah aku ni :-) Masa aku tgh makan tu dhlah ada 1 mcik ni tanye sedap ke tak nasi lemak antarabangsa ni, sbb kitaorg ddk @ luar, tu dia berani tegur. Siap tunggu lagi kitaorg rasa dulu baru nak try jgk. Bila aku kata biase je, dia terus blah. Pandai betul mcik tu nak save poket sndri. Nilah 1st time aku jumpe org cmtu :-) Klau akulah, segan nak tgu2 org makan gitu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...