Setelah 7 bulan aku dan suami mengambil-alih kedai alatulis seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di atas, barulah sekarang nak bercerita serba-sedikit pasal kedai ni. Bukanlah nak menunjuk-nunjuk aku ada kedai alatulis...tujuan entri ni dibuat hanyalah semata-mata untuk mempromosi kedai Mid-Art Creative. Jadi, kepada pembaca semua, harap jangan disalahtafsir niat aku buat entri ni.
Hakikatnya, nama kedai ni sebenarnya didaftarkan atas nama Yakin Creative Enterprise. Nama Mid-Art Creative milik owner lama dah tinggal nama sahaja. Oleh kerana bajet belum mencukupi, maka signboard Mid-Art Creative masih dikekalkan. Tetapi, segala urusniaga dengan supplier menggunakan nama Yakin Creative Enterprise. Tengoklah, dalam 1-2 bulan lagi bila bajet dah cukup, maka signboard lama akan bertukar kepada yang baru.
Untuk meneruskan usaha mempromosi tersebut, jom kita tengok macam mana rupanya dalam kedai dan apa barang-barang yang ada dijual....
Perkhidmatan printing dan scanning pun ada kat sini. Harga yang ditawarkan memang murah dan berpatutan. Nak tau berapa kenalah datang kedai
Cuti sekolah pun tak lama lagi nak berakhir dan sekolah akan dibuka semula. So, kepada sesiapa yang tinggal di area Sri Gombak terutamanya, bolehlah datang ke Mid-Art Creative untuk membeli barang keperluan sekolah anak-anak anda. Ada diskaun 10-30% untuk barang-barang tertentu. Apa tunggu lagi, jom beramai-ramai ke.....
Mid-Art Creative
No. 55, Jalan SG 3/10
Taman Sri Gombak.
Kedatangan anda semua amat-amatlah dialu-alukan!
1 comment:
Assalamualaikum kak,
tgk berlandaskan blog akak ttg kedai stationery ni, sy bercadang utk buka kedai stationery. dah sebulan sy study pro and con.. pada pendapat akak mcm mane?
Post a Comment