Followers

Friday, February 24, 2012

Apa Ada di Restoran Jejantas Sg. Buloh?

Di tengah malam pada jam 11.45, sehari sebelum cuti Thaipusam yang lepas, kitaorang sekeluarga tak tau nak buat apa. So, che abang pun mengajak aku ke Restoran Jejantas Sg. Buloh. Aku pun tanyelah balik pada suamiku yang tercinta ni love Restoran Jejantas tu apa? Katanye Restoran Jejantas tu adalah R & R yang dibina oleh PLUS. Yang uniknya restoran-restoran kat sini, ianya dibina di atas jejantas. Jadinya bolehla melihat pemandangan highway masa makan tu. Tapi pemandangan tu boleh dilihat jika anda makan di restoran-restoran tertentu sahaja di sini iaitu yang dibina betul-betul atas jejantas. Kalau makan kat kedai lain tu sama macam kita makan kat restoran biase jelah.

Sebelum tu aku tanye che abang, apa ada kat Restoran Jejantas tu? So dia pun suruhlah aku Google. Google punye Google tak berapa dapat sangat info penuh pasal Restoran Jejantas. So, aku pun kata kita pegi jelah sendiri tengok, lagipun aku kata tak penah pegi, nak jugak tengok camnalah rupenye Restoran Jejantas ni. So, di tengah malam itu kami sekeluarga 4 beranak buatlah keje gile ni pegi ke Restoran Jejantas sebab takde keje nak buat..hehe.. gile

Dengan rasminye juga aku sebagai wakil yang pertama untuk memberikan info penuh pasal apa yang ada di Restoran Jejantas Sg. Buloh (agaknyelah...kalau ada orang lain dah buat dulu tak taulah kan...perasannye aku.. malu ) Tanpa berlengah lagi marilah kita sama-sama lihat apa yang ada di sini...tepuktangan







Sebelum tu, mari aku perkenalkan dulu jejantasnye. Gambar di atas adalah jejantas yang diperkatakan itu. Di sepanjang jejantas inilah dibina restoran-restoran yang akan disebut seperti di bawah..







Pertama sekali - Kategori restoran makanan segera






KFC adalah salah satu restoran makanan segera yang anda boleh lihat pemandangan highway dari restorannya dan adalah restoran yang paling popular di sini, dibuka 24 jam







Restoran kedua popular adalah Burger King. Dari restoran ini juga anda boleh lihat pemandangan highway PLUS semasa anda makan ataupun melantak! hehe...sengihnampakgigi






Restoran makanan segera yang ketiga adalah A & W. Di sini juga anda boleh lihat kereta yang lalu-lalang di sepanjang highway PLUS sambil menjamu selera lapar







Kategori kedua - Restoran untuk saje-saje nak menambahkan lemak yang ada..hehe.. gatai






Baskin Robbin




Dunkin Donuts




Dailyfresh







Kategori ketiga - Restoran berkonsepkan cafe' atau dengan kata lain kopitiam




















Restoran ni bukanlah berkonsepkan kopitiam tapi ini adalah antara kedai Melayu yang ada kat sini kenyit







Kategori keempat - Kedai cenderahati dan serbaneka
















Habis cite pasal restoran, kite tengok pulak apa je yang kitaorang 4 beranak makan...siul






Krushers KFC perisa oreo atau nama rasminye Krushers Cookies & Cream. First time rasa krushers ni. Sedap jugak. Dengan harga RM3.95 memang best dapat menikmati benda-benda sejuk macam ni di tengah malam yang sejuk jugak. Senang cite benda ni sebenarnye ice blended version KFClah topi





Snack Box yang tak seberapa ni dikongsi beramai-ramai. Rasa tak puas pulak makan sebab sikit sangat isi dalamnye jelir





Zinger Burger ni dinikmati oleh che abang sahaja...dia jugak yang untung takyah syer ngan sesape tension







Dengan ini, sekian sahaja laporan mengenai Restoran Jejantas Sg. Buloh. Semoga info yang diberi dapat memuaskan hati kesemua pihak yang mencari info penuh tentang restoran di atas. Chow! babai

4 comments:

faizmadu said...

Xkn smpi buat karangan?hahaha

faizmadu said...

Xkn smpi buat karangan?hahaha

faizmadu said...

Xkn smpi buat karangan?hahaha

Unknown said...

Good one

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...