Followers

Friday, March 23, 2012

Sunway Lost World of Tambun, Ipoh

Dah hampir seminggu sekolah dibuka semula.. tapi cite pasal cuti sekolah hari tu belum habis lagi B-) Selepas mengalami sedikit kekecewaan pada 11.03.12 yang lalu, pegi ke Zoo Taiping tapi tak dapat nak round satu zoo, kitaorang ke Sunway Lost World of Tambun, Ipoh pulak. Kali ni pegi untuk mandi-manda. Trip kali kedua ni agak memuaskan walaupun masa tengah bersuka-ria tu ada jugak hujan rintik dan renyai, tapi still boleh mandi dengan selesa. Risau jugak takut hujan lebat macam hari sebelum tu tongue Bila cuaca pulak elok, "cuaca" boy aku yang nombor 2 tu pulak yang tak elok. Nangislah pulak tak nak turun masuk dalam air. Tepakselah aku laki bini bergilir dukung si budak 4 tahun ni. Sejam sebelum balik lepas bagi makan dan minum, barulah nak sibuk main-main ngan air winking

Cerita selanjutnye silalah tonton gambar-gambar di bawah...Big Eyes





Ini adalah gambar pintu masuk Sunway Lost World of Tambun. Begitu juga dengan gambar di bawah..








Ini adalah gelang getah yang perlu anda pakai dan bayar deposit RM10.00. Boleh dapat balik deposit. So, sebelum balik jangan lupa redeem! happy








Gambar-gambar seterusnya di Water Park..

















Dah puas mandi air sejuk, kita try mandi pulak air panas kat Hot Springs & Spa. Sebelah je ngan Water Park tu. Seronok jugak sekali-sekala berendam dalam kolam air panas. Yelah, kat umah ada hot shower je, kolamnya takde big grin Kat sinilah kalau nak merasa pun. Boleh tahan jugak air panasnya..suhunya antara 37-38 darjah celcius. Mula-mula masuk dalam kolam tu, keluar balik! Panasnye! Rupenye salah teknik daa..sape suruh ko rendam badan terus. Kena masuk slow-slow, dari kaki dulu barulah sikit-sikit selam sampai habis badan. Ada instruction board tulis kat situ macam mana nak mandi dalam kolam air panas. Tak baca pun patutnye taulah sendiri kan...bukan apa, ingatkan airnye tak panas sangat, rupenye panas! Tu yang redah je tu..bila dah lama sikit, badan dan biase, barulah ok thumbs up Jom layan gambar kat kolam air panas pulak...











Nampak tak air yang memancut tu? Itulah Geyser of Tambun. Kat situlah punca mata air panas di Sunway Lost World ni. Mengikut info yang ditulis di info boardnye, mata air panas kat sini adalah mata air panas semulajadi, baik untuk kesihatan. Mata air panas tu akan memancut sejam sekali.






Dah penat mandi-manda, masa untuk makaaaannn!!! Dan jugak rehat...whew!







Dua gambar di atas adalah tempat kitaorang makan dan rehat. Makan benda ringan-ringan je. Nak makan benda-benda berat kat restoran-restoran lain yang ada kat sini, mahal gile! Harga snek pun dah mahal dari harga runcit biase, inikan pulak makanan lain. Biaselah tu kan...paham-paham le tempat camni..






Aksi si hero yang seronok gile dapat main air! menari





Ini pulak aksi si hero no. 2 yang baru sibuk nak main air setelah seharian menangis.. nangih







Tempat-tempat yang tersenarai di atas tak sempat nak jelajah kecuali Tiger Valley





Amusement Park & Tin Valley pun tak pegi..Swan Lake sempatlah jenguk sekejap







Akhir sekali, sempatlah snap gambar 2 beradik ni yang tak berapa nak posing, mamanye je yang rajin sangat nak snap gambar, gambar selepas mandi dan dah bersedia untuk pulang.

FYI - Tiket masuk untuk dewasa RM45.00, kanak-kanak yang melebihi ketinggian 90cm dikenakan bayaran RM38.00. Bawah 90cm FOC. Mandi kat sini best! Aku rasa berbaloilah dengan harganye jika anda sempat ke semua taman-taman yang ada kat sini. Kalau tak round semua, setakat mandi-mandi je macam rugilah pulak. Kalau nak mandi saje baik pegi Wet World Shah Alam ataupun Desa Water Park. Bayarannye pun lebih murah dan sesuai untuk yang nak mandi-mandi je. Apa-apa pun mungkin akan ke sini lagi untuk explore seluruh tempat ni next time..peace

Untuk info lebih lanjut bolehla klik sini Bye! babai

Wednesday, March 14, 2012

Zoo Taiping

Sekarang ni tengah cuti sekolah. Jadinya kitaorang sekeluarga pulang ke kampung suami di Kuala Kangsar selama 2 hari. Jadi selama berada di sana, kitaorang manfaatkanlah masa yang ada sepenuhnya untuk pegi jalan-jalan. Kali ni ke Zoo Taiping pada hari Ahad yang lalu. Kitaorang balik hari Sabtu malam. Esoknya terus pegi sebab hari Selasa dah nak balik KL. Memandangkan sekarang ni pada waktu petang selalu hujan, maka agak rugi jugak kitaorang pegi ke sana selepas Zohor. Dapat round separuh je kawasan Zoo Taiping sebab hujan turun dengan lebatnya masa kitaorang tengah meround. Kalau tau nak hujan lebat lepas tu, maka lebih baiklah kitaorang naik train je. Tapi yelah, naik train ni tak berapa best sebab takleh explore sangat seluruh kawasan zoo. Lagipun, nak tunjuk haiwan kat budak-budak, eloklah bejalan kan, lebih clear diaorang punye view. Tu yang kitaorang decide nak bejalan. Confident je ingat dah tak hujan dah, tengok cuaca ok. Masa sampai tu pun memang dah hujan, lepas tu dah reda. Sekali hujan lebat daaa masa dok bejalan..kantoi! sedih Takpelah, nak buat camna..salah sendiri jugak. Dah tau petang-petang selalu hujan pegilah pagi-pagi lagi kan! tongue

Dalam hujan-hujan tu sempatlah jugak snap beberapa gambar untuk tatapan anda semua..B-)











Pose paling istimewa orang utan big grin




Ini pulak cimpanzi sekeluarga..apalah yang disibukkan tu ek..fikir




Encik-encik rusa senyum





Ini pulak cik puan-cik puan rusa tengak sibuk melantak..maklumlah, lepas hujan, lapar dol! lapar





Si musang ni pulak tengah sedap tido...lepas hujanlah katakan, memang syokla tido Sleeping





Sang buaya yang keseorangan...ngantuk






Janganlah ambik gambo aku..malulah..blushing






The Three Stooges yang setia bersama laughing









Begitulah sedikit-sebanyak gambo-gambo yang sempat disnap sebelum hujan lebat..sebelum mengundur diri, di sini nak war-warkan harga tiket untuk dewasa RM12.00, kanak-kanak RM8.00. Untuk Night Safari pula dewasa RM16.00, kanak-kanak RM10.00

Moral of the story : Jangan pegi zoo masa hujan atau rasa-rasa agak-agak nak hujan...tidak berbaloi untuk wang yang anda dah laburkan nangih



Babai wavedan Selamat Bercuti! Moga-moga percutian anda tidak seperti cerita di atas winking
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...