Sekarang ni tengah cuti sekolah. Jadinya kitaorang sekeluarga pulang ke kampung suami di Kuala Kangsar selama 2 hari. Jadi selama berada di sana, kitaorang manfaatkanlah masa yang ada sepenuhnya untuk pegi jalan-jalan. Kali ni ke Zoo Taiping pada hari Ahad yang lalu. Kitaorang balik hari Sabtu malam. Esoknya terus pegi sebab hari Selasa dah nak balik KL. Memandangkan sekarang ni pada waktu petang selalu hujan, maka agak rugi jugak kitaorang pegi ke sana selepas Zohor. Dapat round separuh je kawasan Zoo Taiping sebab hujan turun dengan lebatnya masa kitaorang tengah meround. Kalau tau nak hujan lebat lepas tu, maka lebih baiklah kitaorang naik train je. Tapi yelah, naik train ni tak berapa best sebab takleh explore sangat seluruh kawasan zoo. Lagipun, nak tunjuk haiwan kat budak-budak, eloklah bejalan kan, lebih clear diaorang punye view. Tu yang kitaorang decide nak bejalan. Confident je ingat dah tak hujan dah, tengok cuaca ok. Masa sampai tu pun memang dah hujan, lepas tu dah reda. Sekali hujan lebat daaa masa dok bejalan..kantoi! Takpelah, nak buat camna..salah sendiri jugak. Dah tau petang-petang selalu hujan pegilah pagi-pagi lagi kan!
Dalam hujan-hujan tu sempatlah jugak snap beberapa gambar untuk tatapan anda semua..
Dalam hujan-hujan tu sempatlah jugak snap beberapa gambar untuk tatapan anda semua..
Begitulah sedikit-sebanyak gambo-gambo yang sempat disnap sebelum hujan lebat..sebelum mengundur diri, di sini nak war-warkan harga tiket untuk dewasa RM12.00, kanak-kanak RM8.00. Untuk Night Safari pula dewasa RM16.00, kanak-kanak RM10.00
Moral of the story : Jangan pegi zoo masa hujan atau rasa-rasa agak-agak nak hujan...tidak berbaloi untuk wang yang anda dah laburkan
No comments:
Post a Comment