Followers

Saturday, March 03, 2012

V-Soy Terbaek!

Pernahkah anda dengar nama minuman kacang soya V-Soy? Kalau tak pernah, di sini aku nak promote minuman kacang soya yang paling best penah aku rasa. Macam mana boleh tejatuh cinta dengan V-SOy ni? rindu

Alkisahnya, satu hari tu minum kat kedai mamak. Terasa pulak nak minum air kacang soya. So, tertengoklah V-Soy dalam peti mamak tu. Harganya RM2.50. Sesetengah kedai mamak menjualnya dengan harga RM3.00. Packingnya dalam botol kaca 300ml. Kalau beli kat supermarket dekat-dekat ngan kedai alatulis aku tu RM1.70 je sebotol. Tapi tak sejuklah.

Berapa pun harganye, rasenye tetap marvellous! celebrate Tak seperti minuman-minuman soya yang biase kita minum, air soyanya cair. Tapi V-Soy air soyanya pekat dan sekiranya kita nak minum, kena goncang betul-betul botolnya sebab mendapannya masih ada di dasar botol. Lepas goncang, barulah boleh minum dan sodaaaap!! lapar





Setelah merasa keenakan V-Soy di kedai mamak, aku berhasrat nak beli packaging yang lebih banyak iaitu sebanyak 1 liter. Bolehla minum kat umah senyum Harganya RM3.50 seliter. Aku beli ni kat pasaraya berdekatan dengan kedai alatulis aku.




Ini adalah satu lagi version V-Soy - V-Soy Multi-Grain. Ada bermacam-macam jenis bijirin iaitu purple brown rice, black sesame, malt & barley. Yang ni air soyanya lagi pekat sebab diblend dengan macam-macam bijirin. Aku lebih suka version yang ni. Lebih pekat, lemak, manis dan terasa soyanya. love Harganye sama macam version yang kat atas tu.




Sesetengah orang tak boleh minum susu lembu, macam akulah. Orang panggil perut yang anti-laktosa. Orang yang anti-laktosa ni takleh minum susu lembu. Bolehla minum sekali-sekala, tapi takleh selalu dan berturut-turut, nanti cirit. So, untuk orang-orang yang takleh minum susu lembu, amat sesuailah minum soya ni. Terasa sama macam minum susu lembu cuma ada rasa manis. Susu lembu tak manis, tapi lemak dan berkrim, disukai ramai...hehe...sengihnampakgigi Untuk orang-orang yang mengandung pun sesuai sebab tinggi dengan protein dan asid folik.





Packaging nilah yang aku mula-mula minum kat kedai mamak - botol kaca 300ml





Dan yang paling penting - HALAL...Insya-Allah senyum





Cuba...jangan tak cuba! babai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...