Followers

Tuesday, July 19, 2011

Rodeo Steakhaus, Prima Sri Gombak

Dah lama rasanye tak makan western food di tempat seperti Rodeo Steakhaus ni. So minggu lepas saje-sajelah nak try makan kat sini sebab dekat ngan rumah dan ramai yang mengatakan makan steak kat sini sedap dan murah. Sebelum tu, nak bagitau ejaan nama restoran ni memang macam tu, bukan aku salah eja ek..tak pecaye cuba tengok betul-betul nama restoran ni seperti yang tertera dalam menu di atas. Kalau tak clear, boleh klik dan besarkan gambar tersebut. Disebabkan tak plan nak makan kat sini, tak bawaklah kamera digital yang berkuasa tinggi (konon! padahal kamera digital biase 8 megapixel je..hehe...) Gambar-gambar diambil hanyalah menggunakan cameraphone 2 megapixel sahaja. Maka kualitinya amat-amatlah tidak bagusnye, tapi still boleh dapat gambaranlah lebih kurang macam mana rupenye menu-menu yang diorder pada malam tersebut.





Inilah menu yang blur gile tu...agak-agak nak tengok jugak kenalah besarkan ye...bolehla nampak sikit-sikit kalau besarkan senyum






1st menu - yang aku order - Mix Lamb Steak - campuran steak ayam & kambing - RM14.50






2nd menu - Black Pepper Steak - my hubby punye - RM14.50 (kalau tak silap)








3rd and last menu - Spaghetti - Azim punye - RM7.50






Dah abis cuci mata? Sila baca aku punye komen pulak. Agak menyesal makan di sini walhal dah boleh agak dah berdasarkan harganye yang berbelas-belas tu, tak berbaloi dengan kuantiti dan harganye. Memang murah, tapi tak sedap...standard makan kat Jusco je, even kat Jusco lagi murah! Kepada tuan kedai yang mungkin terbaca entri ni mintak maaf banyak-banyaklah kerana berterus-terang, tapi itulah hakikatnye, indah khabar dari rupe. Tengok dalam Jalan-Jalan Cari Makan TV3 hari tu nampak macam best, tapi amat-amatlah mengecewakan. Bukan tak nak sokong kedai melayu, tapi kami sebagai pelanggan bukan makan free, kami bayar untuk sesuatu yang berbaloi untuk kami makan. Suami cakap lepas ni kalau nak makan western food, tak nak dah try kat tempat-tempat camni. Alang-alang nak makan baik makan tempat yang betul-betul mahal macam TGI Friday ke, Victoria Station ke, San Francisco Steakhouse ke...lebih berbaloi. Restoran-restoran ni menyediakan steak yang terbaik pada aku. Walaupun sesetengah orang meragui status halalnye, tapi, setakat yang aku tahu, daging yang diimport semuanye mendapat status halal dan cara masaknye pun Insya-Allah halal. Tepulanglah pada keyakinan individu kalau nak makan tempat-tempat begini...chow.. angkatkening

Monday, July 11, 2011

Dinos Alive, Pusat Sains Negara

Pada 9 Jun 2011 yang lepas, sempena cuti sekolah, aku sekeluarga pegilah ke Pusat Sains Negara untuk melihat pameran Dinos Alive. Sepatutnye pameran tu dah abis hujung bulan Mei, tapi dilanjutkan sehingga 12 Jun 2011. Mungkin sebab cuti sekolah agaknye, so pihak Pusat Sains pun melanjutkan lagi tarikh pamerannye. Agak telambat untuk bercerita pasal lawatan ni, nak buat camna, hari ni baru berkesempatan nak update. Better late that never kata di omputeh...hehe.. senyumkenyit Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat disnap. Tak banyak sangat sebab bateri pun dah nak kong disebabkan keterlupaan nak caj sebelum pegi hari tu jelir





Ini adalah "penyambut tetamu" yang ada di pintu masuk Pusat Sains pada ketika itu. Anda perasan tak ada sorang budak tengah bedukung tu? Itulah anak aku yang ketakutan melihat dinasour yang tak penah ditengoknye selama ini kenyit





Ini pula "penyambut tetamu" yang ke-2...tak silap aku ini T-Rex - antara dinasour yang paling popular yang menjadi sebutan ramai dan di pengetahuan kebanyakan orang




Azim masih lagi boleh tersenyum semasa posing....tengok pulak gambar seterusnye...







Oh! Tidaaaakkk!!! Aku ketakutan!!! T-rex nak makan aku!gigitjari






Gambar-gambar seterusnye diambil di dalam bilik pameran. Agak tak bagus kualiti gambarnye sebab dalamnye gelap, so kena setting kamera untuk malam punye, so snapnye lambat sikit membuatkan tangan ada sedikit gegar kenyit
















2 gambar di bawah ni pulak di bilik pameran lain di Pusat Sains. Ni bilik pameran diaorang yang biaselah. Tak banyak benda sangat yang boleh nak main dia punye demo sains tu sebab kebanyakannya rosak dan sedang dalam proses pembaikan.





Lawonye rambut Azim ek...memang magic cermin ni ihikhik





Ini pulak demo helikopter, sibuk 2 beradik ni berebut nak main dia punye joystick senyum





Setelah mencuci mata dengan gambar-gambar di atas, maka di akhir entri ni nak komen sikitlah pasal lawatan ni. Secara keseluruhannya, oklah pameran ni, sesuai kalau nak bawak anak-anak jalan-jalan. Cuma yang agak spoil hari tu, boy aku yang kedua tu takut..so nak bedukung je, siap hilang selipar lagi, mana taknye, aku ni dah letih dok dukung dia je, tak perasan masa jalan-jalan tu seliparnye cicir, tak pasal-pasal kena beli selipar baru...nak buat camna, dah rezeki dia nak dapat selipar baru agaknye...hehe...oklah, sampai kat sini je...caucincau! babai

Tuesday, June 28, 2011

Signboard Baru Yakin Creative

Pejam celik, pejam celik, dah setengah tahun blog ni tak berupdate. Takde apa yang menarik pun nak dishare. Yelah, sejak ada kedai alatulis ni beginilah...rutin hidup dah berubah. Nak jalan-jalan selalu tak dapat, nak makan selalu kat luar pun tak dapat, sekarang ni kena banyak berjimat.

Ok, straight to the point, seperti yang telah diperkatakan pada entri yang lepas, kedai ni mesti nak ditukar ke signboard baru, kalau tak kena denda dengan MPS. Gambar di atas adalah gambar signboard baru Yakin Creative Enterprise. Akhir bulan 3 hari tu dah tukar, tapi baru sekarang berkesempatan nak ditempekkan kat blog ni. Tapi, yang tak bestnya, walaupun signboard dah ditukar baru, kitaorang didenda jugak RM200 oleh MPS sebab tak emel gambar signboard ni kat diaorang bila dah buat. Kitaorang ingatkan takpelah tak emel, rupenye memang kena emel baru tak kena denda. Nak buat camna, kenalah bayar jugak sebab kecuaian kitaorang tak buat macam mana MPS nak. Ingatkan kot la diaorang nak datang sendiri check, rupenye memang diaorang tunggu emel. Memang rasa hampeh, tapi apa nak buat, sendiri punye salah, tanggunglah! Apa-apa pun rayuan supaya denda dikurangkan dibuat jugaklah. Harapnye dapatlah diskaun 50%.

Begitulah cite pasal signboard...

Cite pasal diri sendiri pulak....aku sekarang ni dah jadi surirumah sejak 2 bulan yang lepas. Kebetulan ada budak nak keje, biarlah dia keje. Tapi still kena pegi kedai sekali seminggu untuk menguruskan akaun & keje-keje lain yang berkaitan. So, aktiviti di rumah biaselah selain dari keje-keje basuh baju, kemas rumah, memasak (tak ketinggalan jugak sibuk ngadap internet macam sekarang ni...hahaha!!), aktiviti yang paling rancak dilakukan adalah membaking. Ini adalah hobi terbaru akulah. Dah lama dah sebenarnye start bakar-bakar kek ni. Tapi sebelum ni kan keje ofis & keje kedai, so tak banyak masa sangat nak membaking ni. Dok umah ni banyaklah masa nak buat. Agak-agak kek dah macam sedap, niat tu naklah jual. Sekarang belum ada keyakinan lagi nak jual, masih lagi di peringkat eksperimen. Penah jugak letak kat kedai alatulis aku tu, tapi tak berapa nak jalan, kalau letak kat kedai makan mungkin ok sikit kot. Nak jugak tempekkan gambar-gambar kek yang penah dibuat, tapi tak berapa confidentlah, rasa macam tak perfect lagi. Nantilah, di lain entri kite cite pasal kek pulak.

Berbalik pada cite kedai, oleh kerana keuntungan yang diperoleh daripada kedai ni tak berapa boleh menampung perbelanjaan aku sekeluarga, maka suami mula buat keje-keje construction semula. Memang penat, dalam masa yang sama kena jaga kedai & ada ketikanya kena ke site. Nak tambah pendapatan begitulah, kena keje lebih sikit. Kalau difikir-fikir, elok lagi masa aku keje makan gaji dulu, tapi nak menyesal pun tak guna, benda dah mula, kena bertahan sehingga ke akhirnya. Tapi takpelah, dari sudut lain, elok jugak amik kedai ni, bolehlah jugak duduk di rumah jaga anak-anak sendiri. Zaman sekarang ni bukan semua orang ada peluang camni kan...so always think positive, so jiwa pun tak begitu tertekan memikirkan pasal kedai. Sebab tulah aku amik keputusan duduk kat umah, biarlah suami yang menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan keje.

Oklah, maka habislah cite untuk entri kali ni, cite pasal lain pulak di entri-entri akan datang...ada lagi yang nak diceritakan ni...tunggu di episod seterusnye...hehehe....macam dramalah pulak...


Orait...adios amigos....wassalam....

Tuesday, December 21, 2010

Mid-Art Creative (My Stationery Shop)


Setelah 7 bulan aku dan suami mengambil-alih kedai alatulis seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di atas, barulah sekarang nak bercerita serba-sedikit pasal kedai ni. Bukanlah nak menunjuk-nunjuk aku ada kedai alatulis...tujuan entri ni dibuat hanyalah semata-mata untuk mempromosi kedai Mid-Art Creative. Jadi, kepada pembaca semua, harap jangan disalahtafsir niat aku buat entri ni.

Hakikatnya, nama kedai ni sebenarnya didaftarkan atas nama Yakin Creative Enterprise. Nama Mid-Art Creative milik owner lama dah tinggal nama sahaja. Oleh kerana bajet belum mencukupi, maka signboard Mid-Art Creative masih dikekalkan. Tetapi, segala urusniaga dengan supplier menggunakan nama Yakin Creative Enterprise. Tengoklah, dalam 1-2 bulan lagi bila bajet dah cukup, maka signboard lama akan bertukar kepada yang baru.

Untuk meneruskan usaha mempromosi tersebut, jom kita tengok macam mana rupanya dalam kedai dan apa barang-barang yang ada dijual....







Ini adalah di bahagian hadapan pintu masuk kedai, macam-macam alatulis ada dijual di sini



Air minuman pun ada untuk menghilangkan dahaga sengihnampakgigi







Perkhidmatan printing dan scanning pun ada kat sini. Harga yang ditawarkan memang murah dan berpatutan. Nak tau berapa kenalah datang kedai senyumkenyit





Tak ketinggalan jugak perkhidmatan fotostat dan macam-macam jenis binding





Cuti sekolah pun tak lama lagi nak berakhir dan sekolah akan dibuka semula. So, kepada sesiapa yang tinggal di area Sri Gombak terutamanya, bolehlah datang ke Mid-Art Creative untuk membeli barang keperluan sekolah anak-anak anda. Ada diskaun 10-30% untuk barang-barang tertentu. Apa tunggu lagi, jom beramai-ramai ke.....


Mid-Art Creative
No. 55, Jalan SG 3/10
Taman Sri Gombak.



Kedatangan anda semua amat-amatlah dialu-alukan! peluk

Saturday, December 11, 2010

Safi Rania Gold




Sudah 3 bulan tidak menjengah ke sini. Nak buat macam mana, mood aku akhir-akhir ni tak berapa bagus, jadi nak buat apa pun serba tak kena. Sekarang ni dah ok sikit, so bolehla update blog semula. Hakikatnya, dah lama nak cite pasal Safi Rania Gold ni, tapi tulah citenye, mood nak menulis tu tak berapa nak ada, so tertangguhlah sampai berbulan-bulan...

So, bagi memulakan cerita, aku ni sebenarnya bukanlah jenis orang yang rajin nak pakai apa-apa jenis produk kecantikan. Dah lama betul muka ni tak terjaga, sejak bersalin anak no. 1 dulu. Bayangkan, dah 5 tahun aku tak pakai apa-apa pencuci muka atau krim. Tapi, dah masuk tahun ke-6 perkahwinan ni dah rasa sampai masa muka ni dijaga semula sebab aku tengok sejak dah masuk umur 30-an ni muka aku nampak kering sangat.

So, untuk permulaan pertama setelah 5 tahun muka tak berjaga, aku cubalah cari-cari produk yang aku rasa sesuai dengan harga mampu milik. Selidik punya selidik di kedai dan jugak reviews pengguna di internet, aku pilihlah Safi Rania Gold. Aku tak guna semua produk range dialah, yang aku guna cuma 3 iaitu Pembersih Muka (RM14.90), Krim Siang (RM23.90) & Serum (Rm33.90).

Alhamdulillah, setakat aku pakai bermula bulan Jun hari tu sehinggalah sekarang, wajah aku nampaknya tak nampak & rasa kering lagi. Dengan pemakaian yang agak konsisten, kiranya hari-harilah aku pakai kecuali hari minggu sebab kalau tak keluar rumah, aku malas nak pakai krim-mengerim ni. Yelah, nak buat apa pakai setakat teperuk dalam rumah. Tapi, kalau nak pakai pun takde masalah, aku je yang malas merangkap nak save bajet jugak, hehe..

So, selama mana aku pakai, muka aku terasa lembap je, pembersih mukanya pun memang selesa digunakan, tak terasa kering dan tegang selepas muka dicuci. Krim Siangnya pun memang best! Tak terasa macam pakai krim, krimnya ringan dan terus meresap ke dalam kulit tanpa rasa berminyak. Serumnya pun macam tu. Aku pakai serum sekali seminggu je sebab harganya mahal sikit dan kuantitinya yang sikit jugak. So, kenalah jimat-jimat sengihnampakgigi Fungsi serum adalah untuk mengurangkan kesan-kesan kedutan. Memanglah muka aku tak berkedut lagi, tapi apa salahnya mula dari awal kan, dah berkedut baru nak sibuk-sibuk, dah terlambat beb...

Takde gambar sebelum & selepas ke sebagai bukti? Jawapannye...takdelah pulak sebab aku takde intention nak buat camtu. Almaklumlah, aku ni bukanlah muka taraf model macam yang kat tv tu. So, aku rasa cukuplah setakat statement je ye, pecaye jelah cakap aku ni, kalau tak nak pecaye, tepulanglah, ini adalah pendapat peribadi. Kalau ada sape-sape yang pakai lepas ni tak seperti mana yang aku katakan, maknanye produk tu tak ngamlah dengan si pemakai tu. Yelah, tak semua jenis produk ngam ngan semua orang kan. Kalau nak lebih meyakinkan lagi, cuba-cubalah google, tengok pendapat orang lain camna kenyit

Kepada para wanita di luar sana yang masih tercari-cari produk yang sesuai untuk digunakan terutamanya yang berumur 30-an ke atas, aku syorkan sangat-sangat Safi Rania Gold. Produk rangenya banyak lagi macam Krim Malam, Penyegar, Krim Asas untuk mekap dan ada beberapa lagilah. Tapi, aku cuma guna 3, itupun dah dapat hasil yang memuaskan. Kalau pakai full range mungkin dapat hasil yang memuaskan lagi. Kepada para suami pulak, kot nak hadiahkan isteri sesuatu yang istimewa, cubalah bagi Safi Rania Gold, mesti isteri anda suka! rindu




SELAMAT MENCUBA!
love
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...