2 hari selepas makan di San Francisco Steakhouse iaitu pada 04.09.09, aku & rakan2 ofis makan di Shogun Japanese Buffet Restaurant, One Utama. Taun ni memang betul2 pecah rekodlah, buffet buka puasa kat luar dengan harga RM58.00++ sebanyak 2 kali...gile kan? Ini semuanye ajakan member ofis yang nak resign tulah. Mungkin sebab tak puas hati dengan San Francisco Steakhouse hari tu, menyebabkan dia mengajak lagi kawan2 ofis ni berbuka di luar. Tapi tak kisahlah, bukan selalu pun buat keje gile camni Nasib baiklah kali ni ada bajet lebih sikit, kalau tak kopak jugak duit laki aku :-D Lagipun member aku ni nak berpindah ke pantai timur, mungkin kat sana tak dapat nak makan kat restoran yang pelik2, so pulun habislah kat KL nih!
Sebelum aku becerita lebih lanjut, ada info penting yang perlu aku inform dulu kat sini. Macam biaselah, sesetengah orang berasa was-was nak makan kat restoran camni sebab ragu2 dengan status halalnye. So, setelah dikajiselidik, info ni diberitahu oleh pengurus restoran ni sendiri, Mr. Loke. Katanye disebabkan restoran ni ada menjual arak, maka automatik tidak akan mendapat sijil halal dari JAKIM. Wpun begitu, restoran ni pork free dan segala ayam, daging lembu, daging kambing & itik adalah dari sumber yang halal. Ayam diperolehi dari syarikat Dinding & Ayamas, daging lembu & kambing dari Australia & New Zealand yang mendapat sijil halal, itik pulak dari sebuah tempat di Perak yang juga mendapat sijil halal.
Tetapi, ada satu menu ada diletakkan mirin (sejenis alkohol). So, untuk pelanggan Islam, berhati-hatilah semasa mengambil makanan kat sini sebab ada satu menu tu diletakkan mirin dan ada ditulis pada label menu tersebut. Kalau tak silap menu tu ada kena mengena dengan ikan. Selain dari tu, sos buatan jepun seperti sos teriyaki juga mengandungi mirin. Jadi, elakkanlah mengambil sos ni, ambik sos yang biase2 dahlah macam sos cili & tomato, yang tu takde mirin. Sushi & sashimi juga bebas daripada mirin, jadi anda tak perlu rasa was-was untuk memakannye. Selain daripada menu yang dinyatakan di atas, menu2 lain memang tak diletakkan mirin. Sekali lagi, ini diberitahu oleh pengurusnye sendiri ye. Jadi, tepulanglah kepada anda untuk meyakininye atau tidak. Selain daripada tu, pengurus ni juga mengatakan restoran2 jepun kat Malaysia ni kebanyakannye memang ada letak mirin untuk sesetengah menu sebab rasanye tidak akan seperti yang sepatutnye kalau tak diletakkan mirin ni. Jadi, kita sebagai pelanggan Islam bertanyelah dulu sebelum makan kat restoran2 camni & buatlah survey terlebih dulu jika perlu.
Secara keseluruhannye, makan kat sini memang berbaloi, sedap & banyak pilihan menunye, tidak terhad kepada makanan jepun sahaja, menu korea, western dan melayu macam tomyam pun ada. Seafood juga tak ketinggalan. Aku sendiri pun memang tak temakan semuanye, kalau bukan bulan puasa ni, kalau nak buffet dinner eloklah pegi seawal 6 ptg. Lepas tu makanlah sampai muntah sampai 10.30 mlm Surau & bilik air pun dekat, so tak tegesa-gesalah nak makan. Lagi satu, sebelum pegi makan seelok-eloknye booking tempat dulu, kalau tak alamat beratur panjanglah kat luar kedai tu
Antara makanan yang kitaorg ambik
Pemandangan dalam restoran
Meja yang kitaorg duduk
Begambar beramai-ramai
My family
Untuk tempahan & pertanyaan :
SHOGUN JAPANESE BUFFET RESTAURANT
No. 335A, 2nd Floor (New Wing)
One Utama Shopping Centre
Tel : 03-7728 0770
Fax : 03-7728 9770