Followers

Friday, September 04, 2009

Buffet Buka Puasa di San Francisco Steakhouse

2 hari lepas iaitu pada 02.09.09 aku & beberapa member ofis pegi berbuka puasa kat San Francisco Steakhouse di Mid Valley, Megamall. Majlis ni sebenarnye merangkap farewell gatheringlah jugak sebab salah seorang daripada geng2 yang ikut tu akan menamatkan perkhidmatannye di syarikat aku ni selepas raye puasa.

Mengikut dalam iklan yang aku dapat kat internet, harga buffet buka puasa kat sini RM58.00++ untuk dewasa & kanak2 macam biaselah separuh harga. Secara keseluruhannya, makanannye sedap, menunye tak tertumpu kepada masakan melayu je, ada western jugak & adalah sikit makanan jepun - sushi & california roll. Suasana dalam restoran pun ok & selesa.

Wpun ada kepelbagaian dalam menunye, tapi, pada aku dengan harga RM58.00 tu tak berapa berbaloi sebab menunye taklah banyak mana dengan masa buffetnye yang agak terhad daripada 7.00-9.00 malam, dengan nak mencari suraunye dekat 10 minit, maklumlah dah lama sangat tak pegi Mid Valley, mana nak ingat suraunye kat mane. Lepas semayang, dah 8.30. Tak banyak mana pun boleh makan lepas tu. Bolehlah makan pencuci mulut – aiskrim & kek yang tak berapa banyak jugak pilihan - ada chocolate cake, vanilla cake & cheese cake sahaja.

Nak pegi lagi lain kali? Rasenye taklah kot sebab dengan menu yang macam tu aku rasa harga RM58.00 tu patut jadi RM30.00 je. Kalau nak makan hari2 biase ni ok, steaknye sedap. Lagipun dia ada offer set lunch RM15.90 (main course + salad + soup), set dinner RM38.90 (starter + main course + desert + coffee/tea).



Geng2 yang pegi hari tu




Inilah pasangan suami isteri yang akan menamatkan perkhidmatan mereka tak lama lagi. Yang akan pegi lepas raye ni si suaminye, si isterinye akan menyusul kemudian, mungkin taun depan kot...



Suasana dalam restoran - kalau sesape rasa nak makan dalam suasana romantik tu sesuailah kat sini



Inilah jumlah buffet bukak pose hari tu untuk 8 orang. Harga sebenar setelah ditambah tax + service charge menjadikan RM66.70 seorang

1 comment:

Rozita said...

mahal ye..
sesekali tkpe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...