Followers

Saturday, April 17, 2010

Tukar Nama Blog - "my-chocs-of-life.blogspot.com"

Setelah hampir setaun berbloging, tiba-tiba rasa nak tukar pulak nama blog. Bukan apa, rasa macam tak sesuai pulak dengan status aku sebagai ibu yang dah beranak 2. Nama "Lepaktime" tu macam nama blog budak belasan taun ataupun yang berusia 20-an. Masa nak buat blog ni dulu nama "Lepaktime" ni telintas sebab aku berblog untuk isi masa lapang je merangkap jugak tempat aku melepak time takde keje kat ofis tu. Jarang-jarang aku update blog kat umah. Maklumlah, ada 2 pengacau antarabangsa yang selalu mengacautension Tapi hari ni aku update kat umah sebab lepas ni takleh update kat ofis dah. Kenapa? Nanti cite kat next entry kenyit

So, pikir punye pikir dapatlah idea "My Chocs of Life". Apa maknenye ye? Coklat adalah makanan kegemaran aku. Selain daripada coklat tu sendiri, apa-apa makanan yang berkaitan dengan coklat terutamanye kek dan aiskrim, semestinye perisa coklat menjadi pilihan utama. So, nama ni dipilih sebab apa yang aku tulis dalam blog adalah sesuatu yang paling aku suka buat dan boleh dikongsi bersama infonye dengan pembaca-pembaca blog semua. Macam mana bestnye makan coklat, macam tulah bestnye menulis tentang kesukaan aku tu di blog ni. Harap-harap anda sebagai pembaca pahamlah kot maksud aku tu ek.. fikir

Dengan itu, pada sape-sape yang ada baca previous post dan di setiap gambar ada stamping "lepaktime.blogspot.com" janganlah rasa pelik kerana nama tersebut sudahpun menjadi sejarah. Nama baru "My Chocs of Life" ni pada aku lebih sesuailah untuk wanita peringkat umur seperti aku ni.

Sekian, selamat berbloging! topi








Inilah kek coklat kesukaan aku..buat sendiri ni, bukan beli tau encem

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...