Followers

Saturday, July 31, 2010

Ayam Penyet @ Wangsa Walk

Dua minggu lepas pada hari Sabtu bersamaan dengan 17 Julai 2010, my aunties datang melawat ke kedai stationery aku yang dah beroperasi selama 3 bulan. Alhamdulillah, bisnes ok dan Insya-Allah moga-moga akan bertambah lagi rezeki kami sekeluarga. Lepas tengok kedai, aku cadangkan kat my auntie pegi ronda-ronda kat Wangsa Walk. Diaorang pun tak penah lagi masuk Wangsa Walk sejak ia dibuka pada taun lepas. Tak lama lagi puasa, so, sempena nak menyambut bulan puasa ni, apa kata kite cuba tengok satu restoran yang terdapat di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Mana tau, kot-kot nanti bolehla cuba buka puasa kat situ pulak senyum

Nama kedai ni "Ayam Penyet". Nak lebih info bolehla klik di sini. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang menu yang diorder, aku nak syer satu info yang agak menarik untuk dikongsi bersama. First time aku terlintas kedai ni kat Wangsa Walk, aku sebut nama kedai ni macam kita sebut perkataan "penyek". Tanya kat husband, betul ke sebut macam tu? Dia pun cubalah tanye worker Indonnye. Masa tu, dia masih lagi buat keje-keje construction ni. So, worker Indonnye kata, kalau orang Indon tak sebut "penyek", tapi kena sebut macam mana sebut perkataan "pedang". Tapi, pada hakikatnye, memanglah ayam yang dimasak tu dipenyekkan dulu, cuma cara sebutnye jelah yang berbeza jelir

Ok...dah tau macam mana nak sebut, sekarang, kita tengok pulak macam mana nak makan...hehe...macam mana nak makan semua orang tau kan...ngap jelah masuk mulut, hahaha!!! Ok, ok...yang sebetulnye kita tengok apa yang nak dimakan lapar






Menu pertama adalah Rendang Daging Sapi Padang Asli. Harganye RM8.00








Yang ni pun rendang jugak, cuma namanye Rendang Ayam Sapi Padang Asli. Harganye pun RM8.00 jugak








My favourite Ice Blended Mocha - memang best! RM6.50 sahajamenari





Aik...itu je ke menunye? Memang kitaorang order tak banyak. Lagipun, 5 orang je makan, 3 dewasa, 2 kanak-kanak. Yang kanak-kanak tu tak payahlah order untuk diaorang, syer je ngan mamanye. Cara makan kat sini kita order nasi dan lauk secara berasingan. Begitu juga dengan airnye. Diaorang takde offer jenis set-set ni. Harga nasi sepinggan RM1.50, harga lauk semuanye RM8.00, tak kiralah daging ke, ayam ke, ikan ke, semuanya harga sama. Itu untuk lauk masak cara Minang, kalau cara Jawa, aku tak pastilah berapa pulak. Sebab, dalam banyak-banyak menu, kitaorang tengok menu yang di atas je yang nampak menarik. Yang lain tu menarik jugak, tapi nama semua pelik-pelik, tak berani nak order. Lagipun, masa tu nak kejar masa jugak, dah pukul 3.00 lebih, solat zohornye belum, so, apa yang mula-mula terlintas masa bukak menu tulah yang kitaorang order.

Rasa rendang daging & ayamnye memang marvelous!! Aku siap tambah lagi sepinggan nasi. Mana taknye, hero-hero aku tu banyak pulak diaorang makan. Mamanye pun tak puas dan tak kenyanglah kena syer sepinggan nasi 3 orang kan...Memang sedap gile gua cakap lu!! Buktinye...aku dan salah sorang auntie aku order rendang daging, sorang satu lauklah kan, auntie aku lagi sorang order rendang ayam. Yang kitaorang dapat cumalah 2 lauk, satu daging, satu ayam. Daging dah abis stok. Nasib baiklah cukup aku & my auntie syer satu lauk. Nak tunggu buat lauk lain, lambat pulak. Dahlah tunggu lauk yang ada tu dekat 1/2 jam, semayangnye belum, nak tak nak bedal jelah apa yang ada. Yelah, takkan nak tunggu lagi 1/2 jam kan...

Ice Blendednye pun memang kaw! Puas hatilah dengan bayaran yang dikenakan, walaupun servisnye agak lambat sikit, tapi takpelah, makan sedap! Lagipun, orang ramai, tak putus-putus. Setiap meja yang ditinggalkan tak penah kosong, memang ada customer selepas satu-satu customer yang lain pegi. My aunties order Ice Lemon Tea je, harga RM3.50. Anak aku Azim, order limau ais, pun RM3.50. Senang cite, segala jenis jus semua harga sama.

Nak pegi lagi lepas ni? Ooo semestinye aku akan singgah lagi makan kat sini. Lain kali, nak try ayam penyetnye pulak...

Cuba...jangan tak cuba! Rasa yang sedap dengan harga yang berpatutan! peace

Friday, July 09, 2010

Manhattan Fish Market, KLCC

Dah sebulan rupanye blog aku ni tak diupdate, maklumlah, sekarang bukan lagi keje ngadap komputer. Lagipun, sekarang tak banyak peluang boleh jalan-jalan sebab suami hari-hari kena jaga kedai. So, disebabkan sekarang ni suami dah tak available di hujung minggu, tepakselah aku cari alternatif lain untuk bawak anak-anak aku jalan-jalan.

So, minggu lepas, aku ajaklah 2 mak sedara aku yang paling sporting dengan adik aku dan jugak isterinye yang tercinta ke KLCC untuk tengok wayang cite "Toy Story 3". Saje jelah ajak diaorang untuk meramaikan majlis, takkanlah nak tengok bedua je dengan anak aku kan. Hero aku yang lagi sorang tepakselah ditinggalkan dengan nenek dan atuknye. Kalau diikutkan memanglah nak bawak sekali, tapi budak umur 2 taun boleh ke bawak tengok wayang? Tak sanggup aku tanggung risiko, meraung budak tu keboringan nanti. Lepas tengok wayang, inilah masa yang dinanti-nantikan...MAKAN!!! (Nada seperti iklan Eno kat tv tu...)

Tempat makan kali ni adalah Manhattan Fish Market. Dah lama dah teringin nak makan kat sini sebab tengok blog kawan-kawan dan blog orang lain nampak macam sedap je. Kalau nak tau lebih lanjut pasal kedai ni lawatilah laman webnya di sini.





Di antara geng-geng yang ikut sekali. Dari kiri - Mak sedara, adik ipar & adik aku






Berikut adalah menu-menu yang ada kat restorannye...kalau nak lebih detail, tengok kat websitenye, tapi takde hargalah, ada menu je. Gambar yang aku ambik ni ada harganye sekali, kalau tak nampak, boleh dizoom gambar tu senyum










Dah tengok semua menunye? Jom kita tengok apa yang kitaorang order pulak...senyumkenyit








Menu pertama adalah Baked Pacific Dory - RM19.90. Menu diorder oleh my aunties & adik lelaki aku







Menu kedua adalah Flamming Platter for One - RM27.90. Menu ni diorder oleh adik ipar aku







Menu yang terakhir dan jugak menu yang paling lambat sampai, rasanya dekat sejam aku dan adik pompuan aku tunggu untuk menu ni, punyelah lambat, orang lain dah abis makan, aku dengan adik aku dok tengok je orang makan, agaknye baru nak pegi tangkap kat laut kot, hehe...nasiblah makan lambat. Namanye Giant Flaming Whole Lobster Platter - RM99.90










Yang istimewanya kat sini, untuk menu yang ada tulis "flamming", waiternye akan panaskan menu yang anda order tu di depan mata anda. Aku tak taulah apa sebenarnye yang dipanaskan, yang aku tau, tengok jelah!








My special drink of the day - Sweet Alabama Smoothie - RM9.90








One of my auntie's drink - Hot Chocolate...tak pasti pulak berapa harganye, tapi tak lebih RM10 lah (agaknye..)








Dah selesai sesi makan-memakan, kini tiba masanya untuk komenlah pulak. Secara keseluruhan ok makan kat sini. Nak kata sedap sangat tak jugak, nak kata tak sedap, tak jugak, so-so lah. Kalau nak repeat lagi makan kat sini bolehlah. Cuma yang agak mengecewakan, aku punye lobsterlah. Dahlah lambat gile, rasanye tak tara mana pun. Kalau kat cawangan lain aku tak taulah. Tapi kalau next time, aku tak ambik dah menu lobster tu, mahal sangat, compare ngan tempat lain yang aku penah makan lagi sedap lobsternye dan harganye lebih murah dan lebih puas hati. Lain kali kalau nak makan kat sini, aku nak ambik menu yang harganye tak sampai RM20 lah, lebih berbaloi dan tak rasa mahal sangat. Walaupun macam tu, apa-apa menu yang anda makan di sini semestinye mengenyangkan walaupun rasanye so-so je. Dinasihatkan juga kepada sape-sape yang nak ambik menu lobster tu lebih baik share 3 orang. Aku share 2 orang je ngan adik aku, memang full house! Kenyang gile! Siap tapau bawak balik lagi sengihnampakgigi

Sekian, selamat makan-makan! celebrate
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...