Dua minggu lepas pada hari Sabtu bersamaan dengan 17 Julai 2010, my aunties datang melawat ke kedai stationery aku yang dah beroperasi selama 3 bulan. Alhamdulillah, bisnes ok dan Insya-Allah moga-moga akan bertambah lagi rezeki kami sekeluarga. Lepas tengok kedai, aku cadangkan kat my auntie pegi ronda-ronda kat Wangsa Walk. Diaorang pun tak penah lagi masuk Wangsa Walk sejak ia dibuka pada taun lepas. Tak lama lagi puasa, so, sempena nak menyambut bulan puasa ni, apa kata kite cuba tengok satu restoran yang terdapat di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Mana tau, kot-kot nanti bolehla cuba buka puasa kat situ pulak
Nama kedai ni "Ayam Penyet". Nak lebih info bolehla klik di sini. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang menu yang diorder, aku nak syer satu info yang agak menarik untuk dikongsi bersama. First time aku terlintas kedai ni kat Wangsa Walk, aku sebut nama kedai ni macam kita sebut perkataan "penyek". Tanya kat husband, betul ke sebut macam tu? Dia pun cubalah tanye worker Indonnye. Masa tu, dia masih lagi buat keje-keje construction ni. So, worker Indonnye kata, kalau orang Indon tak sebut "penyek", tapi kena sebut macam mana sebut perkataan "pedang". Tapi, pada hakikatnye, memanglah ayam yang dimasak tu dipenyekkan dulu, cuma cara sebutnye jelah yang berbeza
Ok...dah tau macam mana nak sebut, sekarang, kita tengok pulak macam mana nak makan...hehe...macam mana nak makan semua orang tau kan...ngap jelah masuk mulut, hahaha!!! Ok, ok...yang sebetulnye kita tengok apa yang nak dimakan
Aik...itu je ke menunye? Memang kitaorang order tak banyak. Lagipun, 5 orang je makan, 3 dewasa, 2 kanak-kanak. Yang kanak-kanak tu tak payahlah order untuk diaorang, syer je ngan mamanye. Cara makan kat sini kita order nasi dan lauk secara berasingan. Begitu juga dengan airnye. Diaorang takde offer jenis set-set ni. Harga nasi sepinggan RM1.50, harga lauk semuanye RM8.00, tak kiralah daging ke, ayam ke, ikan ke, semuanya harga sama. Itu untuk lauk masak cara Minang, kalau cara Jawa, aku tak pastilah berapa pulak. Sebab, dalam banyak-banyak menu, kitaorang tengok menu yang di atas je yang nampak menarik. Yang lain tu menarik jugak, tapi nama semua pelik-pelik, tak berani nak order. Lagipun, masa tu nak kejar masa jugak, dah pukul 3.00 lebih, solat zohornye belum, so, apa yang mula-mula terlintas masa bukak menu tulah yang kitaorang order.
Rasa rendang daging & ayamnye memang marvelous!! Aku siap tambah lagi sepinggan nasi. Mana taknye, hero-hero aku tu banyak pulak diaorang makan. Mamanye pun tak puas dan tak kenyanglah kena syer sepinggan nasi 3 orang kan...Memang sedap gile gua cakap lu!! Buktinye...aku dan salah sorang auntie aku order rendang daging, sorang satu lauklah kan, auntie aku lagi sorang order rendang ayam. Yang kitaorang dapat cumalah 2 lauk, satu daging, satu ayam. Daging dah abis stok. Nasib baiklah cukup aku & my auntie syer satu lauk. Nak tunggu buat lauk lain, lambat pulak. Dahlah tunggu lauk yang ada tu dekat 1/2 jam, semayangnye belum, nak tak nak bedal jelah apa yang ada. Yelah, takkan nak tunggu lagi 1/2 jam kan...
Ice Blendednye pun memang kaw! Puas hatilah dengan bayaran yang dikenakan, walaupun servisnye agak lambat sikit, tapi takpelah, makan sedap! Lagipun, orang ramai, tak putus-putus. Setiap meja yang ditinggalkan tak penah kosong, memang ada customer selepas satu-satu customer yang lain pegi. My aunties order Ice Lemon Tea je, harga RM3.50. Anak aku Azim, order limau ais, pun RM3.50. Senang cite, segala jenis jus semua harga sama.
Nak pegi lagi lepas ni? Ooo semestinye aku akan singgah lagi makan kat sini. Lain kali, nak try ayam penyetnye pulak...
Cuba...jangan tak cuba! Rasa yang sedap dengan harga yang berpatutan!
No comments:
Post a Comment