Pada 23.07.11 yang lalu, maka tercapailah hasrat untuk makan makanan arab. Orang kata makan nasi arab ni sedap, tak muak. Memang lain sikit rasanye ngan nasi beriani dan antara restoran yang dicadangkan oleh kebanyakan orang adalah Saba Restaurant - terletak di Dataran Jelatek, Setiawangsa, KL. Kami sekeluarga pergi ke sana untuk makan malam. Tu sebab gambar restoran di atas agak gelap sebab kami ke sana pada waktu malam. Tanpa membuang masa, mari kita tengok menu...sebelum tu, nak bagitau dulu dan mintak maap bebanyak, gambar-gambar menu yang diambil adalah selepas tuan punye nasi tu dah start makan. Dah start makan baru teringat nak snap gambar. Jadinye, nampak bersepahlah sikit. Kalau ikut hidangan asal memanglah cantik. Jadi, jangan ingat orang Saba ni yang hidangkan nasi tu sebegitu rupa..
Ini hidangan makan malam yang aku order - Mandi Lamb (Regular) RM20.00
Ini husband aku punye - Kabsah Chicken (Quarter) RM10.00. Patutnye nak order Mandi Chicken tapi dah habis. Harga untuk Mandi Chicken (Quarter) RM12.00
Ini husband aku punye - Kabsah Chicken (Quarter) RM10.00. Patutnye nak order Mandi Chicken tapi dah habis. Harga untuk Mandi Chicken (Quarter) RM12.00
Ni pun husband aku punye - Chicken Kebab RM15.00
Non-alchoholic malt drink RM4.00. Kalau pegi restoran arab, kebiasaannye adalah minuman ni. Kalau nak cuba, aku recommend perisa strawberi, nenas & peach. Perisa lain macam lemon & resberi tak berapa sedaplah pada aku.
Saba Restaurant (KL)
Non-alchoholic malt drink RM4.00. Kalau pegi restoran arab, kebiasaannye adalah minuman ni. Kalau nak cuba, aku recommend perisa strawberi, nenas & peach. Perisa lain macam lemon & resberi tak berapa sedaplah pada aku.
Yang terakhir adalah Turkish Coffee RM7.00. Kalau anda ke Saba Restaurant cubalah kopi ni, memang sedap dan rasenye lain dari kopi biasa Tengoklah model yang minum tu pun...puas ati beno nampaknye...hehe...dah nak abis dah pun minum
Sepertimana yang dikatakan oleh kebanyakan orang, nasi arab ni memang sedap, tak muak kalau makan banyak. Tak macam nasi beriani kalau kita makan banyak rasa macam full sangat perut ni. Berbeza dengan nasi arab, kita takkan rasa full tak tentu pasal. Perut lebih rasa selesa. Tapi, kalau anda jenis orang yang buruk lantak, order lagi side dish yang lain, itu lain citelah...hehe Untuk orang yang tak makan banyak, portionnya untuk seorang memang banyak sikit. So, untuk orang yang selalu makan nasi separuh, eloklah order 1 je set nasi regular dan bolehla syer 2 orang. Aku pulak syer ngan anak-anak akulah. Husband aku of course mesti habis punye 1 set nasi tu. Dia memang jenis orang yang boleh makan nasi banyak. Aku pun kalau diikutkan boleh habis jugak tapi demi anak-anak, kita syerlah ngan diaorang. Nak order lagi 1 set macam banyak sangat pulak. Kalau dibandingkan dengan nasi beriani, nasi beriani lebih kuat rasa rempahnya. Untuk orang yang lebih berminat dengan rasa rempah yang agak kuat, mungkin tak berapa minat dengan nasi arab. Tapi, sekali-sekala apa salahnye makan nasi yang rasa rempahnya man man je, adalah kelainan sikit. Nasi beriani ni dah biase sangat kita makan, kat kedai mamak dan kenduri-kendara pun ada.
Makan di sini memang selesa, harga yang berpatutan, sesuai untuk makan seisi keluarga ataupun nak buat gathering pun ok. Tapi kena booking dululah kalau nak makan ramai-ramai sebab tempat ni selalu penuh. Masa aku pegi ni pun kena tunggu dekat 1/2 jam jugaklah tapi tetap berbaloi bila dah dapat makan Tak kisahlah kena tunggu lama sikit.
So, apa tunggu lagi, serbulah Saba Restaurant untuk menikmati nasi arabnye yang best! Anda pasti tak menyesal datang ke sini. Pasti akan datang lagi kalau ada peluang dan yang paling penting....bajet! Di bawah ni aku sertakan alamat cawangan restoran ni sekali. Senang untuk korang semua pegi nanti. Saba Restaurant juga ada menyediakan khidmat delivery ke rumah macam Pizza Hut tu...Oklah, sampai kat sini je, Wasallam...
Saba Restaurant (Cyberjaya)
4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1
Jalan Perdana, CBD Perdana
Cyberjaya 63000
Selangor.
Tel : 03-8320 2544
Saba Restaurant (KL)
1-01, Dataran Jelatek
Jalan Jelatek, Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4251 2590
No comments:
Post a Comment