Hari tu aku penah kata selepas makan di Rodeo Steakhaus di Prima Sri Gombak, aku dan suami tak nak dah cuba makan makanan western milik orang Melayu. Tapi, setelah menonton satu episod rancangan "Best in the World" kat TV8, macam best pulak tengok pengacaranye makan kat satu kedai Melayu ni. Biaselah, aku ni memang mudah tertarik dengan apa yang ditayangkan kat tv tu, semuanye nampak sedap belaka. Tambah pulak pengacaranye yang pandai menunjukkan respon sedap gilenye makanan tu membuatkan aku berani untuk mencuba nasib lagi pada cuti Awal Muharram yang lalu (27.11.11) di sebuah lagi kedai western Melayu iaitu That Little Gerai (TLG). Jika anda orang Keramat, pasti anda tahu di mana lokasi kedai ni. Terletak betul-betul di belakang kedai mamak Syed Bistro, Au5 Keramat. Untuk orang-orang yang dah biase area ni, memang senang nak jumpa. Betul ke macam mana kata si Razif pengacara "Best in the World" tu yang kedai ni menjual burger terbaek?! Nak tau, jom kite cube...
1st menu, aku punyelah dah tentunye - "Big Ass Burger" - Itulah nama burger ni seperti .yang tertulis dalam menu. Ganas je bunyinye kan...harganye pun agak ganas tapi masih lagi dalam kemampuan kebanyakan orang terutamanya lepas dapat gaji...hehe...harganye RM12.00
Ini adalah gambar close-upnye...seperti yang anda dapat lihat, daging burgernye memang tebal, hampir 1 inci tebalnye! Memang betullah kata si Razif tu. Untuk anda yang tidak mempunyai diameter mulut yang cukup luas seperti aku, tak payahlah cuba nak ngap macam anda makan burger MCD tu, memang tak temakan, kena potong manual dengan pisau dan garpu, macam makan steak
2nd menu - Chicken chop - husband aku punye RM 14.00
3rd menu - Anak aku punye - Spaghetti Bolognese RM8.00
My drink - Ice Blended Cappuccino RM6.00 - memang terbaek! Sedap dia punye ice blended! Deconye pun menarik, berselera nak minum...mmmm...
Close-up untuk ice blended di atas...untuk membuatkan anda lebih terliur! hehe....
Masa yang ditunggu telah pun tiba, masa untuk komen....burger, rasanye ok, takde rasa istimewa sangat seperti yang si Razif tu kata, cuma yang istimewanya rupenye jelah, dagingnye lebih tebal dari burger biase dan diblend sendiri. Kenyang jugak makan burger ni, rasa macam makan steak pulak. Untuk yang berselera besar tak taulah, mungkin masih tak cukup kot. Chicken Chop pun biase je jugak tapi boleh dikatakan berbaloilah dengan harga, kuah black peppernye secukup rasa. Spaghetti pulak memang sedap dan puas hati makan, berbaloi dengan harga, tak rugi kalau anda nak cuba makan spaghettinya. Senang kata, semua menunye secukup raselah. Walaupun taklah istimewa dan tak begitu berbeza sangat dengan makanan western yang biase aku makan macam kat Jusco ke, atau tempat-tempat yang lain, ada je yang tak kena. Black pepper pedas sangatlah, rasa cepat muaklah, macam-macamlah rasa yang tak berapa kena. Tapi, kat TLG ni anda akan rasa puas lepas anda makan dan rasa berbaloi dengan harga yang anda bayar. Kalau tanye aku nak pegi lagi sekali ke tak, dah tentu aku kata akan pegi lagi! Lagipun area Keramat tu dekat je dari Gombak, so takde masalah kalau nak pegi lagi. Nak rasa sendiri? Silalah datang ke alamat berikut...
Air Bandung ni pulak untuk my beloved son hargenye RM2.00 sahaja. Pandai diaorang bancuh bandung ni, sedap, secukup rasa....
Masa yang ditunggu telah pun tiba, masa untuk komen....burger, rasanye ok, takde rasa istimewa sangat seperti yang si Razif tu kata, cuma yang istimewanya rupenye jelah, dagingnye lebih tebal dari burger biase dan diblend sendiri. Kenyang jugak makan burger ni, rasa macam makan steak pulak. Untuk yang berselera besar tak taulah, mungkin masih tak cukup kot. Chicken Chop pun biase je jugak tapi boleh dikatakan berbaloilah dengan harga, kuah black peppernye secukup rasa. Spaghetti pulak memang sedap dan puas hati makan, berbaloi dengan harga, tak rugi kalau anda nak cuba makan spaghettinya. Senang kata, semua menunye secukup raselah. Walaupun taklah istimewa dan tak begitu berbeza sangat dengan makanan western yang biase aku makan macam kat Jusco ke, atau tempat-tempat yang lain, ada je yang tak kena. Black pepper pedas sangatlah, rasa cepat muaklah, macam-macamlah rasa yang tak berapa kena. Tapi, kat TLG ni anda akan rasa puas lepas anda makan dan rasa berbaloi dengan harga yang anda bayar. Kalau tanye aku nak pegi lagi sekali ke tak, dah tentu aku kata akan pegi lagi! Lagipun area Keramat tu dekat je dari Gombak, so takde masalah kalau nak pegi lagi. Nak rasa sendiri? Silalah datang ke alamat berikut...
That Little Gerai
No. 12, Jalan AU5D/1
Lembat Keramat, 54200 KL.
Tel : 012-332 0416
No comments:
Post a Comment