Followers

Saturday, February 25, 2012

Mesin Fotostat Canon & Printer Fuji Xerox DocuPrint CP 105b

Kali ni nak cite pulak pasal mesin fotostat baru dan S-LED Printer Fuji Xerox yang baru untuk kegunaan kedai aku, Yakin Creative Enterprise. Dengan adanya mesin fotostat dan printer baru ini servis fotostat dan print telah diupgrade ke tahap yang lebih memuaskan.




Ini mesin fotostat Canon. Ia digunakan untuk fotostat dan print daripada pc. Ia hanyalah untuk fotostat hitam putih sahaja begitu juga dengan print. Ia boleh membuat salinan fotostat dan print dengan kelajuan 100 muka surat kurang dari 5 minit. Ia juga boleh berfungsi sebagai scanner. Walaupun ia adalah mesin fotostat yang hanya boleh membuat salinan fotostat dan print dalam hitam putih sahaja tetapi untuk fungsi scan, dokumen anda boleh discan dalam hitam putih dan juga berwarna terus ke dalam pen drive anda dengan kepantasan yang sama seperti fotostat dan print. Jika anda inginkan fotostat berwarna, kami juga ada menawarkan servis tersebut tetapi bukan dengan mesin ini, tetapi mesin fotostat yang lain iaitu Fuji Xerox.






Ini pula S-LED Printer Fuji Xerox DocuPrint CP 105b digunakan khas untuk print berwarna. Kepantasannya adalah 10 muka surat/minit. Printer ini lebih kurang macam laser jet printer dan kepantasan yang sama seperti laser jet cuma ia menggunakan teknologi S-LED untuk printing yang lebih cantik.





Dengan itu, jika anda memerlukan servis fotostat, printing dan scanning hitam putih ataupun berwarna dengan harga yang berpatutan, silalah ke kedai alatulis kami seperti alamat di bawah :




YAKIN CREATIVE ENTERPRISE
No. 55, Jalan SG 3/10
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor.
Tel : 03-6185 9443 callme

5 comments:

Zawawi Japilos said...

S-LED Printer Fuji Xerox DocuPrint CP 105b

berapa harga printer ni yer?

Fa-Ei-Za said...

Kalau tak silap RM599, beli @Low Yatt. Tapi inknye mahal antara RM185-RM200/unit. Cepat habislah ink dia. Kalau guna utk sendiri @umah ok, tp utk biz tak berbaloi. Tak pakai dah lepas ni, pakai mesin fotostat utk print lg untung

Zawawi Japilos said...

Lor yeke macamtu.erm,guna torner ke ink ni?sy biz cc,berapa ribu boleh print untuk satu katrij?

Fa-Ei-Za said...

Mengikut specnya blh print 1000copy utk 1 katrij, tapi tak sampai 1000 pun dah 2 set beli. Maknanye utk 4 warna, dah beli 2 katrij setiap satu. Tak laratlah macam tu, tak untung sangat. Pulang modal je..

Unknown said...

Letak miter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...