Followers

Friday, August 21, 2009

Murtabak Raja

Hari ni 30 Syaaban 1430H, hari terakhir kita berada di bulan Syaaban. Ini bermakna esok 1 Ramadan kita mulalah berpuasa. Sempena nak menyambut bulan puasa ni, aku ada satu juadah nak diintroducekan kat sini iaitu murtabak. Kalau dalam bulan puasa ni murtabak memang menjadi salah satu hidangan untuk berbuka pada sapa2 yang sukalah kan. So, apa yang istimewa sangat pasal murtabak ni? Murtabak yang aku nak introduce ni bukan murtabak biase, murtabak ni namanye 'Murtabak Raja'.

Alkisahnye pada 30.07.09 yang lepas ayah aku balik ke kampungye di Kota Bharu, Kelantan. 2 hari lepas tu dia balik KL dan.....naaaah! maka terbagilah dia kat aku
'Murtabak Raja' ni. Nak tau camna rupenye? Lihatlah sendiri gambo2 kat bawah ni....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Ini adalah packaging murtabak raja ni...kemas kan? Mana nak ada kat KL ni nak bungkus camni fikir
*
*
*
*
*
*
*
Dari mana murtabak ni mendapat namanye? Dah tentulah drpd saiznye! Besar kan?
*
*
*
*
*
*
*
Cubelah anda bandingkan saiz murtabak ni dengan periuk nasi aku yg tak berapa besar ni...dah nak lebih kurang sama besar ngan periuk ni kan?
*
*
*
*
*
*
*
Ini adalah sesi pemanasan murtabak. Aku takde microwave, so pakai ceper ni jelah...nasib baik muat penat'ngam-ngam soi' kata orang cina gatai

*
*
*
*
*
*
*
'A piece of murtabak raja'
Mmmmmm.........memang sedap rasenyeeeeee!!!
Takde lagi aku jumpe kat KL SESEDAP! & SEBESAR! ni saiz murtabaknye gua cakap lu! gile
*
*
*
*
*
*
*
Mengikut kata ayah aku murtabak ni takde jual kat mane2 kedai. Hanya orang2 tertentu yang tau pasal murtabak ni je yang tau kat mane nak order. Kirenye ni special orderlah. Maklumlah, homemade. Alah, macam orang2 yang buat kek & cupcake dari rumah tu....camtulah. Nak tau berapa harganye? Harganye RM13.00! Korang rasa bebaloi tak dengan saiz & harga yg macam tu? Pada aku agak bebaloilah sebab rasanye sedap & memang tak rugilah sekali-sekala spend sebanyak tu untuk menikmati rasanye yang sedap tu. Setakat yang aku tau, murtabak raja ni hanya boleh didapati dari Kota Bharu, Kelantan, tak taulah kalau negeri2 lain ada jugak murtabak yang seumpama ini. Ada sape2 yang tau? Share2lah info...Apa2 pun kepada semua blogger2 yang beragama Islam aku ucapkan SELAMAT BERPUASA! love

Tuesday, August 04, 2009

Sushi King - Halal ke?

Dalam sibuk2 nak try makanan korea, tibe2 telintas nak rasa makanan jepun pulak. Antara makanan jepun yang popular adalah sushi. Masa aku sekolah menengah dulu kalau tak silap, penahlah try satu sushi dekat restoran berputar KL Tower tu. Masa tu buffet buka puasa. Tak sedap rasenye, takleh terima tekak aku ni. Tapi, kali ni aku nak memberanikan diri untuk mencuba sekali lagi macam mana sebenarnye rasa sushi. Antara restoran sushi yang terkenal kat Malaysia ni adalah Sushi King. So, aku pun surveylah kat internet mencari maklumat tentang status halal restoran ni sebab biaselah kan, restoran makanan bukan Melayu ni pasti ada keraguannye. Mula2 tu memang nak redah je makan kat situ sebab aku tengok ramai gak orang Melayu makan kat situ, tapi disebabkan desas-desus mengatakan ada kemungkinan Sushi King ni tak halal, aku pun surveylah dulu sebelum pegi. Maka, tejumpalah aku satu blog ni - http://afiqsdiary.blogspot.com. Mamat ni ada mengemukakan pertanyaan kepada Sushi King. Berikut adalah enquiry & jawapan yang diberikan oleh Sushi King...



Enquiry : I would like to know about halal status of Sushi King since there were no halal logo on every of your premis entrance.


Jawapan dari Sushi King :

Dear Mohamed Afiq,

Thank you for your email.

For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free.

All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,

Marilyn Lim
Marketing Department Sushi Kin Sdn Bhd.

Tel: 03-56319060 Ext: 283



Jawapan yang diberikan di atas hanya menjelaskan tentang produk ayam & dagingnye. Macam mana pulak dengan status sushinye? Rentetan dari soalan di atas, aku sendiri telah mengemukakan soalan kepada pihak Sushi King. Berikut adalah enquiry dari aku...

Enquiry : I know that your chicken & beef are from halal supplier. How about your sushi? Do you put any sake or any other types of alcohol in your sushi? If you did, you shouldn’t do. Cause muslims can’t eat your sushi if contains any alcohol. Hope you can change it to vinegar that not contains alcohol cause muslims also want to enjoy your sushi. Thank you.

Jawapan dari Sushi King :

Dear Faeza,

Thank you for your enquiry.

Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.

Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.

Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura

On top of that, some of our restaurants do sell beer.

Hope this answers your question.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200


So, berdasarkan email2 di atas, sekarang anda semua tahu apa sebenarnye status Sushi King. Dengan melihat jawapan pihak Sushi King pasal status sushinye aku agak kecewa sebab aku mengharapkan Sushi King mempunyai status halal, tak seperti restoran2 sushi lain yang tidak halal.

Kesimpulannye, pada aku, kalau satu2 restoran tu ada jual alkohol tapi tak diletakkan dalam makanannye, aku boleh lagi makan kat restoran yang macam tu, tapi, kalau dah dalam makanan ada diletakkan alkohol, aku tak berapa yakinlah nak cuba. Kepada anda yang di luar sana yang mengidam makan sushi, timbang2kanlah sebaik-baiknye kalau nak makan di Sushi King ni. Memang tak semua sushinye ada mirin, tapi lecehlah kan nak makan, takut2 terambik pulak sushi yang ada mirin. Dengan itu, jalan yang paling selamat, kalau aku rasa nak makan sushi, aku pegi je kat supermarket Carrefour Wangsa Maju. Sushi kat situ aku yakin halal tapi takde logo halal pun, orang yang jaga kaunter tu kata halal. So, aku mengatakan halal kat sini adalah pada pandangan & keyakinan aku saje. Tepulanglah pada diri masing2 untuk menilai kenyit Happy Eating!

Monday, July 27, 2009

Seoul Garden, One Utama

Pada 05.07.09 baru2 ni, sempena menyambut ulangtahun perkahwinan aku yg ke-5, aku & laki aku pegilah makan2 kat Seoul Garden, One Utama. Restoran ni berkonsepkan barbeque & steamboat ala korea. Minat yang mendalam terhadap makanan korea & rasa kurang berpuas hati dengan menu kat Koryo Won Restaurant, KLCC, membuatkan aku nak cube pulak camna rasanye makan kat restoran ni.

Secara keseluruhannya makan kat sini ok tapi pada aku agak mengecewakan sebab bukanlah semua yang ada dalam menu diaorg tu korean stail. Sup yang dihidangkan ada ciri2 korea tapi ada dua je - seafood kimchi & ginseng chicken. Lagi dua tu Malaysian stail - tomyam & lagi satu aku lupelah, tapi sup yang biase kite makanlah kat Malaysia nih. Lauk untuk BBQ ada sotong, udang, ayam, ikan & daging. Lauk steamboat biaselah cam lauk yong tau fu.

Lauk yang diperap cara korea hanyalah “Beef Bulgogi” & “Chicken Bulgogi” dan itulah yang paling sedap. Yang lain2 perap cara “Sze Chuan”, “Char Siew”, “Teriyaki”, kari, cili & tomyam. Cara perap yang macam ni biase je, bukan stail korea. Cara “Sze Chuan” & “Char Siew” tu pulak tak silap aku stail Cina. “Teriyaki” pulak stail jepun. Memang cacamarbalah...

Tu sebab aku kata stail kat sini tak korea sangat. Semuanye dah dimodified mengikut citarasa orang Malaysia. Rasa kimchinye pun tak masam dan tak pedas sangat. Sepatutnye rasanye lebih pedas dan masam macam yang dekat Koryo Won Restaurant tu. Wpun aku tak berapa suka rasa yang terlalu masam, tapi itulah rasa kimchi yang sebenar (agaknye la sebab aku penah baca review satu blog sorang mamat ni, dia penah belajar kat Korea, so dia kata rasa kimchi yang sebenar-benarnye memang masam & dia pun tak berapa suka dengan rasa yang macam tu). So, bila rasa dia tu tak seperti mana yang sepatutnye, maka hilanglah kekoreaannye tu
merajuk

Anyway, pada sape2 yang tak kisah sangat dengan rasa korea ke, tak korea ke, makan kat sini agak bebaloi. Buffet lunch dengan harga RM25.88 satu kepala korang boleh dapat main course (BBQ & steamboat) & desert sekali. Air boleh refill dengan harga RM3.88.






Tuesday, July 14, 2009

Koryo Won Restaurant, KLCC

Pada bulan Mei taun 2008, semasa aku mengandungkan anak aku yang ke-2, aku mengidam makan makanan korea. Kebetulan masa tu aku mengandung, so konon2nye mengidamlah tu jelir Padahal, kalau aku tak mengandung pun memang dah lama aku mengidam nak makan makanan korea. Mana taknye, dok mengadap cite korea je memanjang, tu yang teringin tu. Tengok diaorg makan nampak best je lapar

Di Malaysia ni wpun agama rasminye agama Islam, agak susah untuk mencari restoran2 yg menjual masakan bukan Melayu yang halal. Boleh dikira dengan jari berapa banyak je restoran2 & hotel2 yang mendapat sijil halal dari JAKIM. Wpun ada sesetengah restoran yang mengkategorikan restorannye pork free, tapi masih menjual arak sebagai minuman tapi tidak diletakkan dalam makanannye. Sebab tulah restoran2 camni tak dapat sijil halal.

Pada aku, selagi restoran tersebut makanannye tidak diletak arak & pork tidak dijual, aku consider ia sebagai halal & aku yakin yang aku boleh makan kat situ. Sesetengah orang kalau kedai tu ada jual arak, dia tak consider halal. Tepulanglah pada diri masing2. Kalau tak yakin, jangan makan, nanti jatuh haram.

Berbalik pada Koryo Won Restaurant, cari punye cari kat internet, tejumpelah aku kedai ni. Pada ketika tu, ini sajelah restoran makanan korea yang pork free yang aku jumpe tapi masih menjual arak di dalamnye. Bukan mudah nak dapat restoran korea yang halal kat KL nih. Kebanyakannye tak halal terutamanye kat “Little Korea”, Jalan Ampang.

Secara keseluruhan, aku rasa menu yang aku order tu dari segi rupe makanannye memang nampak purelah macam yang aku tengok dalam cite2 korea tu. Cume dari segi rasenye, aku tak pasti. Rasa kimchi tu aku rasa memang pure – masam semacam & pedas. Tapi dia punye rasa tu memang aku takleh terimalah. Aku dok bayangkan camnelah org korea boleh makan hari2 dengan rasa yang macam tu sebab kimchi ni memang makanan wajib diaorg. Tapi, yelah, daripada kecik lagi dah diajar makan kimchi, memanglah sedap pada diaorg. Macam kitelah dah biase dengan kari, masak lemak cili api, asam pedas, sambal belacan, camtulah jugak diaorg. Org korea pun sama jugak bila makan masakan kite, belum tentu lagi diaorg suka
jelir

Laki aku pulak order set nasi + sup daging. Dia punye rase tawar je, cam tak bubuh garam, ntah2 tukang masak tu lupe bubuh garam kot
gatai. Masakan ni tak taulah nak kata pure ke tak. Menu yang ke-3, BBQ daging. Dapatlah merasa makan macam dalam drama tu – bakar daging, letak dalam daun salad, calit sikit dengan dia punye sambal, gulung & makan! Takdelah sedap sangat. Mungkin sebab aku bukan penggemar sayur, jadi aku rasa biase jelah rasa yang macam tu. Aku prefer makan daging tu macam tu je, lagi sedap compare ngan gulung dalam sayur. Dia punye sambal tu nampak macam sambal belacan, warna coklat, tapi masinnye! Bukan pedas! Tapi kalau makan dengan sayur tu, takdelah rasa masin sangat.. Tak taulah aku camnalah masakan diaorg ni. Yang tawar, tawar sangat, yang masin, masin sangat.

Kesimpulannye, 1st time makan makanan korea amatlah tidak memuaskan sebab :

1) Aku salah order menu, aku order set nasi + sup kimchi (Kimchi Jigae) – nasi tak abis, sup pun tak abis sebab hilang selera dengan rase masam & pedas yang pelik. Mana tau rase dia camtu, ingatkan sedap. Harga : RM25.00/set

2) Laki aku order set nasi + sup daging (Galbi Tang) – nasi & supnye habis wpun supnye tawar, macam dia pulak yang mengidam. Harga : RM30.00/set

3) Satu menu je yang puas ati – BBQ daging (Special Jumuluck).

4) Harga setiap menu yang kitaorg order pada aku terlalu mahal, tak bebaloi terutamanye BBQ daging, berapa kerat je daging dapat makan dengan harga RM65.00/set.

Gambar2 makanan aku tak ambik sebab masa tu takde kamera lagi, anak pulak sibuk nak balik cepat, so tak teringat nak ambik gambar, padahal dengan cameraphone pun boleh ambik. Gambar resit je yang ada....

So, kalau sape2 yang nak cube masakan korea ok pegi restoran ni, keadaan & suasana restoran memang selesa tapi pandai2lah pilih menu sebab hargenye agak mahal & sememangnye nak cari makanan bukan Melayu yang halal ni memang mahal sikit pun. Wpun agak kecewa pada kali ni, aku masih tak serik untuk mencube lagi makanan korea & baru2 ni aku jumpe 2 lagi restoran korea, reviewnye - coming soon...pokpok

Thursday, July 02, 2009

My Passion - Big Apple Donuts & Coffee

Pada bulan Mei 2009 yang lepas, masa tengah window shopping kat Alpha Angle, Wangsa Maju, telintaslah satu kedai donut – Big Apple Donuts & Coffee. Kalau diikutkan, aku bukanlah peminat donut. Tapi, bila pertama kali mencuba donut Big Apple ni, terus aku jatuh cinta. Sejak daripada tu boleh dikatakan tiap2 minggu aku ke sana untuk membeli donut. Tak taulah sampai sekarang dah berapa banyak belanje dah keluar untuk membeli donut2 kegemaran aku & anak aku tu. Yelah, sekali beli sedozen. Harga sedozen RM21.00. Bayangkanlah kalau dah tiap2 minggu...Aku ingat lepas ni nak kurangkanlah ketagihan makan donut ni. Dapat dalam sebulan 1-2 kali ke cukuplah kan. Taklah kopak duit aku nangih

Itu baru passion yang pertama – ketagihan makan donut. Disebabkan ketagihan tu, timbul pulak lagi satu passion – nak bukak cawangan Big Apple. Yelah, kalau dah bukak kedai sendiri, takdelah nak ketagih lagi kan, hari2 tengok donut
lapar So, aku pun hantarlah email ke management Big Apple untuk dapatkan maklumat untuk membuka cawangannye. Nak tau berapa kos untuk bukak diaorg punye outlet? RM1.1 juta!! Banyak tu!! Mane nak cari duit sebanyak tu….kecewa betul…dengan gaji aku & laki aku sekarang ni sampai dah tua ganyut pun belum tentu dapat RM1 juta, lainlah kalau dapat durian runtuh surprised So, tepakselah aku kuburkan impian nak jadi bos Big Apple. Sampai sekarang aku masih terasa kekecewaan tak dapat bukak cawangan Big Apple nih…Anyway, aku sekeluarga tetap enjoy makan donut Big Apple wpun tak dapat bukak cawangannye. Tak dapat bukak cawangan, dapat makan je pun jadilah…. rindu


Outlet Big Apple di Alpha Angle, Wangsa Maju




Kotak sedozen



Our family favourites




Me & my son, Azim enjoying our donuts




Mmmm....sedap sehingga comot semua jari-jemari kenyit




Turn akulah pulak...






My hubby pun suke jugak





Si kecil hanya mampu melihat mama, abah & abangnye makan....shiannn...Adib kena tunggu besar sikit, gigi pun dah banyak baru boleh makan kenyit



Pada korang2 yang tak penah lagi cube, cubelah! Sedaaaaap!!! sengihnampakgigi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...