Followers

Wednesday, September 16, 2009

Buffet Buka Puasa di Riverside Restaurant, PWTC

Pada hari ahad lepas, 13.09.09 kitaorg sekeluarga pergi berbuka puasa di Riverside Restaurant, PWTC pulak. Kalau hari tu keluar duit sendiri, kali ni ada orang yang baik hati nak belanja. Orang itu adalah adik aku sendiri. Bukan setakat famili aku je dia belanja, dia belanja semua orang – umi, ayah & 2 orang lagi adik aku. Ini event buka puasa yang terakhirlah untuk Ramadan ni. Selalunye tiap2 taun kalau buka puasa yang grand2 ni sekali je dalam bulan puasa tu, tapi kali ni sampai 3 kali beb! Makan je kejenye ye! Takpelah, demi meraikan member yang lepas ni tak tau lagi bila nak jumpa, pada aku, kalau ada bajet, apa salahnye kan, sekali-sekala...Cuma yang ke-3 ni jelah untung sikit sebab orang belanja siul


Makan kat sini harganye RM40.00 nett, takde tax & service charge. Mungkin adalah, tapi biasenye kalau harga nett ni dia dah includelah semua sekali. Secara keseluruhan oklah, tak banyak aku boleh komen walaupun dalam promo iklannye mengatakan serve macam2 jenis menu – makanan melayu, barat, cina & india, tapi semuanya serba sikit, tak banyak sangat pilihan, padanlah dengan harganye kan....nak snap gambar makanan pun tak sempat sebab menu kat sini kira one shot punye makan. Lepas semayang, makanan semua dah nak abis, kebanyakan menu tak direfill. Aku pun makan rojak buah je lepas semayang maghrib. Famili aku yang lain adalah makan kuewtiau goreng yang semestinye bukan menu kegemaran aku jelir


Walaupun macam tu, makan kat sini tetap kenyang kalau anda ambik semua yang ada, memang tak rugi spend RM40.00....yang penting, sebelum berbuka, kena ambik semua yang ada siap2, kalau takkk.....habis semuanye!





Sebelum makan, posinglah dulu! Ini dia gaya Ultraman oleh Azim & gaya lelaki paling macho oleh Adib encem







Amboi "big boss" ni bukan main lagi! Duduk kerusi orang tua....Tak mainlah baby chair ni ek!







Orang yang bertanggungjawab menyuap makanan kat "big boss" kecik ni kenyit




Dalam restoran





Mamat yang sebelah kanan tulah yang belanje kitaorang semua! Time kasih daun keladi, lain kali belanje lagi duit hehe.....



Raya pun dah dekat & di kesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua bloggers2 yang beragama Islam & terima kasih juga diucapkan kepada tetamu2 yang sudi singgah kat blog aku yang tak seberapa ni. Moga Aidilfitri anda dipenuhi kegembiraan & keceriaan!
love

Thursday, September 10, 2009

Buffet Buka Puasa di Shogun Japanese Buffet Restaurant

2 hari selepas makan di San Francisco Steakhouse iaitu pada 04.09.09, aku & rakan2 ofis makan di Shogun Japanese Buffet Restaurant, One Utama. Taun ni memang betul2 pecah rekodlah, buffet buka puasa kat luar dengan harga RM58.00++ sebanyak 2 kali...gile kan? Ini semuanye ajakan member ofis yang nak resign tulah. Mungkin sebab tak puas hati dengan San Francisco Steakhouse hari tu, menyebabkan dia mengajak lagi kawan2 ofis ni berbuka di luar. Tapi tak kisahlah, bukan selalu pun buat keje gile camni gileNasib baiklah kali ni ada bajet lebih sikit, kalau tak kopak jugak duit laki aku :-D Lagipun member aku ni nak berpindah ke pantai timur, mungkin kat sana tak dapat nak makan kat restoran yang pelik2, so pulun habislah kat KL nih!


Sebelum aku becerita lebih lanjut, ada info penting yang perlu aku inform dulu kat sini. Macam biaselah, sesetengah orang berasa was-was nak makan kat restoran camni sebab ragu2 dengan status halalnye. So, setelah dikajiselidik, info ni diberitahu oleh pengurus restoran ni sendiri, Mr. Loke. Katanye disebabkan restoran ni ada menjual arak, maka automatik tidak akan mendapat sijil halal dari JAKIM. Wpun begitu, restoran ni pork free dan segala ayam, daging lembu, daging kambing & itik adalah dari sumber yang halal. Ayam diperolehi dari syarikat Dinding & Ayamas, daging lembu & kambing dari Australia & New Zealand yang mendapat sijil halal, itik pulak dari sebuah tempat di Perak yang juga mendapat sijil halal.


Tetapi, ada satu menu ada diletakkan mirin (sejenis alkohol). So, untuk pelanggan Islam, berhati-hatilah semasa mengambil makanan kat sini sebab ada satu menu tu diletakkan mirin dan ada ditulis pada label menu tersebut. Kalau tak silap menu tu ada kena mengena dengan ikan. Selain dari tu, sos buatan jepun seperti sos teriyaki juga mengandungi mirin. Jadi, elakkanlah mengambil sos ni, ambik sos yang biase2 dahlah macam sos cili & tomato, yang tu takde mirin. Sushi & sashimi juga bebas daripada mirin, jadi anda tak perlu rasa was-was untuk memakannye. Selain daripada menu yang dinyatakan di atas, menu2 lain memang tak diletakkan mirin. Sekali lagi, ini diberitahu oleh pengurusnye sendiri ye. Jadi, tepulanglah kepada anda untuk meyakininye atau tidak. Selain daripada tu, pengurus ni juga mengatakan restoran2 jepun kat Malaysia ni kebanyakannye memang ada letak mirin untuk sesetengah menu sebab rasanye tidak akan seperti yang sepatutnye kalau tak diletakkan mirin ni. Jadi, kita sebagai pelanggan Islam bertanyelah dulu sebelum makan kat restoran2 camni & buatlah survey terlebih dulu jika perlu.


Secara keseluruhannye, makan kat sini memang berbaloi, sedap & banyak pilihan menunye, tidak terhad kepada makanan jepun sahaja, menu korea, western dan melayu macam tomyam pun ada. Seafood juga tak ketinggalan. Aku sendiri pun memang tak temakan semuanye, kalau bukan bulan puasa ni, kalau nak buffet dinner eloklah pegi seawal 6 ptg. Lepas tu makanlah sampai muntah sampai 10.30 mlm lapar Surau & bilik air pun dekat, so tak tegesa-gesalah nak makan. Lagi satu, sebelum pegi makan seelok-eloknye booking tempat dulu, kalau tak alamat beratur panjanglah kat luar kedai tu jelir




Antara makanan yang kitaorg ambik



Pemandangan dalam restoran



Meja yang kitaorg duduk


Begambar beramai-ramai



My family



Untuk tempahan & pertanyaan :

SHOGUN JAPANESE BUFFET RESTAURANT

No. 335A, 2nd Floor (New Wing)

One Utama Shopping Centre

Tel : 03-7728 0770

Fax : 03-7728 9770

Friday, September 04, 2009

Buffet Buka Puasa di San Francisco Steakhouse

2 hari lepas iaitu pada 02.09.09 aku & beberapa member ofis pegi berbuka puasa kat San Francisco Steakhouse di Mid Valley, Megamall. Majlis ni sebenarnye merangkap farewell gatheringlah jugak sebab salah seorang daripada geng2 yang ikut tu akan menamatkan perkhidmatannye di syarikat aku ni selepas raye puasa.

Mengikut dalam iklan yang aku dapat kat internet, harga buffet buka puasa kat sini RM58.00++ untuk dewasa & kanak2 macam biaselah separuh harga. Secara keseluruhannya, makanannye sedap, menunye tak tertumpu kepada masakan melayu je, ada western jugak & adalah sikit makanan jepun - sushi & california roll. Suasana dalam restoran pun ok & selesa.

Wpun ada kepelbagaian dalam menunye, tapi, pada aku dengan harga RM58.00 tu tak berapa berbaloi sebab menunye taklah banyak mana dengan masa buffetnye yang agak terhad daripada 7.00-9.00 malam, dengan nak mencari suraunye dekat 10 minit, maklumlah dah lama sangat tak pegi Mid Valley, mana nak ingat suraunye kat mane. Lepas semayang, dah 8.30. Tak banyak mana pun boleh makan lepas tu. Bolehlah makan pencuci mulut – aiskrim & kek yang tak berapa banyak jugak pilihan - ada chocolate cake, vanilla cake & cheese cake sahaja.

Nak pegi lagi lain kali? Rasenye taklah kot sebab dengan menu yang macam tu aku rasa harga RM58.00 tu patut jadi RM30.00 je. Kalau nak makan hari2 biase ni ok, steaknye sedap. Lagipun dia ada offer set lunch RM15.90 (main course + salad + soup), set dinner RM38.90 (starter + main course + desert + coffee/tea).



Geng2 yang pegi hari tu




Inilah pasangan suami isteri yang akan menamatkan perkhidmatan mereka tak lama lagi. Yang akan pegi lepas raye ni si suaminye, si isterinye akan menyusul kemudian, mungkin taun depan kot...



Suasana dalam restoran - kalau sesape rasa nak makan dalam suasana romantik tu sesuailah kat sini



Inilah jumlah buffet bukak pose hari tu untuk 8 orang. Harga sebenar setelah ditambah tax + service charge menjadikan RM66.70 seorang

Friday, August 21, 2009

Murtabak Raja

Hari ni 30 Syaaban 1430H, hari terakhir kita berada di bulan Syaaban. Ini bermakna esok 1 Ramadan kita mulalah berpuasa. Sempena nak menyambut bulan puasa ni, aku ada satu juadah nak diintroducekan kat sini iaitu murtabak. Kalau dalam bulan puasa ni murtabak memang menjadi salah satu hidangan untuk berbuka pada sapa2 yang sukalah kan. So, apa yang istimewa sangat pasal murtabak ni? Murtabak yang aku nak introduce ni bukan murtabak biase, murtabak ni namanye 'Murtabak Raja'.

Alkisahnye pada 30.07.09 yang lepas ayah aku balik ke kampungye di Kota Bharu, Kelantan. 2 hari lepas tu dia balik KL dan.....naaaah! maka terbagilah dia kat aku
'Murtabak Raja' ni. Nak tau camna rupenye? Lihatlah sendiri gambo2 kat bawah ni....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Ini adalah packaging murtabak raja ni...kemas kan? Mana nak ada kat KL ni nak bungkus camni fikir
*
*
*
*
*
*
*
Dari mana murtabak ni mendapat namanye? Dah tentulah drpd saiznye! Besar kan?
*
*
*
*
*
*
*
Cubelah anda bandingkan saiz murtabak ni dengan periuk nasi aku yg tak berapa besar ni...dah nak lebih kurang sama besar ngan periuk ni kan?
*
*
*
*
*
*
*
Ini adalah sesi pemanasan murtabak. Aku takde microwave, so pakai ceper ni jelah...nasib baik muat penat'ngam-ngam soi' kata orang cina gatai

*
*
*
*
*
*
*
'A piece of murtabak raja'
Mmmmmm.........memang sedap rasenyeeeeee!!!
Takde lagi aku jumpe kat KL SESEDAP! & SEBESAR! ni saiz murtabaknye gua cakap lu! gile
*
*
*
*
*
*
*
Mengikut kata ayah aku murtabak ni takde jual kat mane2 kedai. Hanya orang2 tertentu yang tau pasal murtabak ni je yang tau kat mane nak order. Kirenye ni special orderlah. Maklumlah, homemade. Alah, macam orang2 yang buat kek & cupcake dari rumah tu....camtulah. Nak tau berapa harganye? Harganye RM13.00! Korang rasa bebaloi tak dengan saiz & harga yg macam tu? Pada aku agak bebaloilah sebab rasanye sedap & memang tak rugilah sekali-sekala spend sebanyak tu untuk menikmati rasanye yang sedap tu. Setakat yang aku tau, murtabak raja ni hanya boleh didapati dari Kota Bharu, Kelantan, tak taulah kalau negeri2 lain ada jugak murtabak yang seumpama ini. Ada sape2 yang tau? Share2lah info...Apa2 pun kepada semua blogger2 yang beragama Islam aku ucapkan SELAMAT BERPUASA! love

Tuesday, August 04, 2009

Sushi King - Halal ke?

Dalam sibuk2 nak try makanan korea, tibe2 telintas nak rasa makanan jepun pulak. Antara makanan jepun yang popular adalah sushi. Masa aku sekolah menengah dulu kalau tak silap, penahlah try satu sushi dekat restoran berputar KL Tower tu. Masa tu buffet buka puasa. Tak sedap rasenye, takleh terima tekak aku ni. Tapi, kali ni aku nak memberanikan diri untuk mencuba sekali lagi macam mana sebenarnye rasa sushi. Antara restoran sushi yang terkenal kat Malaysia ni adalah Sushi King. So, aku pun surveylah kat internet mencari maklumat tentang status halal restoran ni sebab biaselah kan, restoran makanan bukan Melayu ni pasti ada keraguannye. Mula2 tu memang nak redah je makan kat situ sebab aku tengok ramai gak orang Melayu makan kat situ, tapi disebabkan desas-desus mengatakan ada kemungkinan Sushi King ni tak halal, aku pun surveylah dulu sebelum pegi. Maka, tejumpalah aku satu blog ni - http://afiqsdiary.blogspot.com. Mamat ni ada mengemukakan pertanyaan kepada Sushi King. Berikut adalah enquiry & jawapan yang diberikan oleh Sushi King...



Enquiry : I would like to know about halal status of Sushi King since there were no halal logo on every of your premis entrance.


Jawapan dari Sushi King :

Dear Mohamed Afiq,

Thank you for your email.

For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free.

All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,

Marilyn Lim
Marketing Department Sushi Kin Sdn Bhd.

Tel: 03-56319060 Ext: 283



Jawapan yang diberikan di atas hanya menjelaskan tentang produk ayam & dagingnye. Macam mana pulak dengan status sushinye? Rentetan dari soalan di atas, aku sendiri telah mengemukakan soalan kepada pihak Sushi King. Berikut adalah enquiry dari aku...

Enquiry : I know that your chicken & beef are from halal supplier. How about your sushi? Do you put any sake or any other types of alcohol in your sushi? If you did, you shouldn’t do. Cause muslims can’t eat your sushi if contains any alcohol. Hope you can change it to vinegar that not contains alcohol cause muslims also want to enjoy your sushi. Thank you.

Jawapan dari Sushi King :

Dear Faeza,

Thank you for your enquiry.

Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.

Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.

Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura

On top of that, some of our restaurants do sell beer.

Hope this answers your question.

Thank you.

May you have a great day ahead!

Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200


So, berdasarkan email2 di atas, sekarang anda semua tahu apa sebenarnye status Sushi King. Dengan melihat jawapan pihak Sushi King pasal status sushinye aku agak kecewa sebab aku mengharapkan Sushi King mempunyai status halal, tak seperti restoran2 sushi lain yang tidak halal.

Kesimpulannye, pada aku, kalau satu2 restoran tu ada jual alkohol tapi tak diletakkan dalam makanannye, aku boleh lagi makan kat restoran yang macam tu, tapi, kalau dah dalam makanan ada diletakkan alkohol, aku tak berapa yakinlah nak cuba. Kepada anda yang di luar sana yang mengidam makan sushi, timbang2kanlah sebaik-baiknye kalau nak makan di Sushi King ni. Memang tak semua sushinye ada mirin, tapi lecehlah kan nak makan, takut2 terambik pulak sushi yang ada mirin. Dengan itu, jalan yang paling selamat, kalau aku rasa nak makan sushi, aku pegi je kat supermarket Carrefour Wangsa Maju. Sushi kat situ aku yakin halal tapi takde logo halal pun, orang yang jaga kaunter tu kata halal. So, aku mengatakan halal kat sini adalah pada pandangan & keyakinan aku saje. Tepulanglah pada diri masing2 untuk menilai kenyit Happy Eating!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...